Ye... memang Semut setuju sesangat la kalau pihak Kementerian Pertahanan ambik tindakan tegas macam ni. Biar puak - puak Pakatan tu sedar diri sikit.
Jangan biarkan diorang tu bercakap ikut sedap hati je. Sekali sekala, orang yang suka buat fitnah macam Si Rafizi ni memang wajar ditenyeh sikit.
Dah la sebelum ni Si Penjual Karpet tu kata dia tu bodoh macam lembu. Lepas tu ada hati pulak nak taburkan fitnah yang bukan - bukan.
Kalau berani suruh la dia buat laporan Polis. Biar Polis siasat pendedahan yang dia buat tu. Ke dia pun dah tak percaya dengan Polis ni?
Kalau sebelum ni, puak - puak Pakatan tu memang ada niat nak hapuskan anggota keselamatan negara. Sebab itulah diorang buat dakwaan macam - macam.
Lagi pun, kita sendiri dah sedia maklum bahawa puak - puak Pakatan tu memang suka menipu. Jadi, tak heran la kalau Si Rafizi jambu tu pun suka menipu jugak. Dah itu je kerja yang dia mampu buat. Bukannya dia ada kerja lain!!!
Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (gambar) ekoran dakwaan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi pembelian tanah oleh sebuah anak syarikat milik lembaga tersebut, Boustead Holdings Bhd.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau dan kementerian sama sekali tidak terlibat dalam pembelian tanah tersebut dari syarikat yang dituduh Rafizi, milik seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Tegas beliau, Boustead Holdings Berhad merupakan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) tidak tertakluk kepada sebarang arahan daripada mana-mana menteri atau individu bagi sebarang menguruskan transaksi berkenaan.
"Urus niaga pembelian itu merupakan transaksi komersial sepenuhnya, tidak melibatkan Kementerian Pertahanan dan saya sebagai menteri.Tuduhan Rafizi melampau dan memburukkan imej saya.
Oleh itu, kementerian akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau (Rafizi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.