Ekoran kontroversi yang terpalit ke atas pelakon Zarina Anjoulie berhubung kes memiliki dadah baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menegaskan persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu.
Jika, benar-benar aktres itu didapati bersalah, pihaknya akan melucutkan keahliannya bukan pecat.
Meskipun keahliannya digantung, Zarina masih diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
“Setakat ini, persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-bbenar didapati bersalah, kami akan lucutkan keahliannya bukan pecat.
"Ini akan jadi contoh kepada artis lain. Saya beritahu ini berdasarkan perlembagaan persatuan bukan saya buat keputusan sendiri.
“Kami ada beri ruang kepada dia untuk muhasabah dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan dalam tempoh itu dia boleh membuat rayuan,” ujarnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Pihaknya turut menggesa orang ramai agar tidak menjatuhkan ‘hukuman’ ke atas pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie sebelum ia diputuskan bersalah oleh mahkamah.
“Kita tak boleh jatuhkan hukuman. Mahkamah yang tentukan. Ini baru tuduhan dan dakwaan... bagi ruang," kata Zed lagi.
Setakat ini nasib Zarina masih belum ditentukan berhubung tuduhan memiliki dadah apabila beliau dibenarkan diikat jamin oleh ahli keluarga sahaja.
Pelakon berusia 27 tahun itu dijamin adik tirinya keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya, minggu lalu. Sebutan semula kes tersebut ialah pada 8 Febuari ini.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ps: Alah... kalau tak gantung pun tak pe. Minah tu bukannya bagus sangat berlakon pun. Suruh dia cari kerja lain je. Habis cerita!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.