Ss simpati dengan perceraian seorang selebriti wanita terkenal ini kerana ia terjadi disebabkan ada orang ketiga yang dikatakan kacau daun.
Dengan berat hati pasangan itu berpisah dan akhirnya masing-masing membawa haluan tersendiri.
Walaupun mereka sudah ada anak, selebriti wanita itu mengambil tanggungjawab untuk menjaga zuriat mereka dan bekas suaminya pun sesekali ada pulang ke rumah untuk bertanya khabar.
Baguslah sebab sekalipun tidak boleh hidup bersama di bawah satu bumbung, ikatan silaturahim bersama anak-anak tidak pernah terputus.
Memandangkan sudah bercerai, selebriti wanita tadi pun membawa hatinya yang remuk dan kecewa untuk meneruskan hari-hari sebagai ibu tunggal.
Dia menyambung tugas dalam dunia hiburan seperti biasa dan banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan karib yang memahami masalah dan status hidupnya.
SS difahamkan, sejak berpisah, ada beberapa lelaki yang mahu dan cuba mendekatinya kerana dia masih cantik dan peramah. SS dengar ada daripada kalangan usahawan, kerabat diraja malah golongan cendekiawan.
Bagaimanapun, gosip terbaru, ada sumber ternampak selebriti itu akhir-akhir ini semakin mesra dengan seorang pemuzik yang lebih muda dan kacak. Amboi, siapa dia tu?
Khabarnya, mereka berdua suka duduk bersembang sambil bertukar-tukar fikiran kerana lelaki itu sendiri nampak matang walaupun lebih muda dari segi usia.
Malah dia pula yang banyak memberikan nasihat kepada selebriti itu agar tabah meneruskan hidup.
SS faham memang ada lelaki begitu yang suka dan menghormati wanita yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup.
Rakan selebriti itu pula berkata, buat masa ini dia tidak mahu terburu-buru dalam menjalinkan apa-apa hubungan rapat kerana masih ingin kenal peribadi pemuzik itu terlebih dulu.
Baguslah kalau ada sifat begitu kerana bibit perkenalan itu sangat penting sebelum kita bergerak ke arah hubungan yang serius.
Apa yang penting, SS harap selebriti itu akan menemui calon pengganti hidup yang sesuai agar dunianya tidak lagi sunyi selepas ketiadaan suami.
Suaminya pula SS dengar menjadi buruan ramai wanita pertengahan usia dan mungkin sudah temui pengganti.
Ps: Erk... sama pulak macam cerita Si ostazah Pening tu ek. Tapi, dalam cerita dia tu kononnya macam dia la yang dianiaya.
Tapi sebenarnya, dia sendiri yang curiga terhadap bekas suami dia tu. Dia sendiri yang ada rasa syak dengan suami dia.
Dia jugak yang tak percaya dengan suami dia. Sebab itu la dia meroyan tak tentu arah. Ingatkan dia nak la insaf. Tapi rupanya makin teruk. Makin parah dah sekarang ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.