Keputusan lagu Terukir Di Bintang diumumkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ternyata mengejutkan banyak pihak.
Bukan apa, ramai sebenarnya menjangkan lagi lain yang akan menraih gelaran itu. Apatahlagi penyanyi juga penciptanya yang kini berada jauh beribu batu dari tanah air, Yuna, di saat akhir telah menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut atas komitmen yang tidak dapat dielakkan menantinya di Amerika Syarikat.
Kemudian tercetus kontroversi ekoran pada awalnya dikhabarkan penyanyi terkenal 70-an, Uji Rashid dipilih untuk menggantikan Yuna.
Namun pada saat akhir, Uji didakwa 'disingkirkan' dan tiba-tiba Aizat pula diberikan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab tersebut.
Pun begitu, siapa menyangka lagu ciptaan sepenuhnya Yuna itu tetap menjadi pilihan para juri profesional yang dipertanggujawabkan untuk mengadili 12 lagu finalis, malam tadi.
Namun kedengaran cakap-cakap belakang ada pihak yang 'tidak senang duduk' dengan kemenangan Yuna. Ada yang tertanya-tanya apa lebihnya lagu itu berbanding lagu lain.
Tak kurang ada yang mempersoalkan kredibiliti Aizat yang menyampaikan lagu tersebut yang dilihat terlalu releks berbanding finalis lain yang menampakkan kesungguhan yang tinggi.
Bahkan ada yang kata dengan kontroversi yang tercipta beberapa hari lalu memberi 'kelebihan' pada lagu itu. Benarkah 'kriteria-kriteria' ini turut diambil kira oleh juri?
Bercakap sewaktu sidang media sejurus usai AJL27, selaku ketua juri Azmeer menjelaskan pemilihan lagu Terukir Di Bintang adalah kerana lagu itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan kreativiti serta lirik yang cukup puitis dan berkualiti menidakkan kekuatan 11 lagi lagu yang bertanding.
"Kita tak boleh sangkal kehebatan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tak berada di sini. Kita tak boleh hukum lagu itu. Jika lagu itu bagus, sesiapa pun yang menyanyikannya, lagu itu tetap akan dipilih sebagai pemenang.
"Kalau Yuna menyanyi, dia banyak slanga. Aizat pula menyampaikannya dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja ala Michael Buble. Lagu itu juga membawa kita kembali ke zaman 50-an dengan melodi yang mengasyikkan.
"Kami para juri tidak ada perbincangan pun untuk memilih lagu itu. Tapi masing-masing mempunyai buah fikiran yang sama untuk memilih lagu itu sebagai juara," kata Azmeer mengulas mengenai pemilihan lagu susunan muzik oleh AG Coco itu sebagai Juara.
Ps: kalau dah jenis orang tak dapat terima Kebenaran ni memang payah. Macam - macam la yang nak dipertikan.
Lagu ni tak salah bukan Yuna penciptanya . Lagu adalah lagu lama ( klasik) pernah dinyanyi oleh penyanyi wanita. Selalu berkemundang di Klasik Nasional
BalasPadamMemang lagu tu best pun ....
BalasPadamORANG KITA SELALU TAK PUAS HATI. TIDAK SPRTI ORANG BARAT SELENGE MENANG TETAP ORANG MEYOKONG.
BalasPadam