KUALA LUMPUR – Usahawan Permaidani, Deepak Jaikishan cuba menzahirkan bahawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebagai seorang yang bodoh dan hanya mencemarkan imej parti yang diwakilinya.
Walaupun tidak menyebut secara tepat Razifi adalah demikian, namun sidang media hampir satu jam Deepak di sebuah hotel di sini hari ini memberikan gambaran yang jelas ke arah itu.
Deepak berkata, seseorang seperti Rafizi mungkin berkelulusan universiti yang ternama di barat tetapi itu tidak menjamin individu berkenaan sebagai seorang yang bijak.
Kata Deepak, dirinya merupakan seorang lepasan tingkatan lima sahaja tetapi lebih arif mengenai banyak benda berbanding Rafizi yang hanya membuat andaian sepanjang masa.
Malah, dalam sidang itu, Deepak secara terbuka menyarankan kepada Rafizi agar menumpukan sepenuhnya ‘kebijaksaan’ beliau kepada isu berkaitan lembu.
“Masa isu lembu dulu memang dia buat kerja yang baik, mungkin itu kekuatan dia dan dia patut tumpukan pada lembu.
“Isu melibatkan diri saya, saya cadangkan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) agar diberikan kepada sesorang yang bijak dan arif (have some wisdom),” katanya.
Antara perkara yang menjengkelkan Deepak adalah sikap Rafizi yang kononnya memperoleh dokumen-dokumen penting daripada orang tengah yang kata Deepak sebenarnya tidak wujud.
“Jangan bawak masuk hantu dalam cerita ini,” katanya.
Beliau berkata, dokumen-dokumen yang kononnya syarikat beliau membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit adalah dokumen palsu.
Selain menzahirkan tahap pemikiran Rafizi, Deepak juga melihat beliau sebagai seorang yang mensabotaj partinya sendiri di samping cuba mendapatkan milage politik peribadi.
“Saya cadangakan dia bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen Kota Belot,” katanya.
Untuk rekod, Parlimen Kota Belot tidak wujud sebenarnya tetapi adalah kiasan Deepak terhadap tindak-tanduk Rafizi yang katanya hanya mementingkan diri sendiri, bodoh dan mensabotaj parti.
Dalam pada itu Deepak berkata, peguamnya kini sedang meneliti semua dokumen-dokumen yang disebarkan Rafizi dan tidak akan teragak-agak menyaman beliau andai ada di antara dokumen itu didapati tulen dan diperoleh dengan cara yang salah.
“Kalau saya disaman oleh pihak lain kerana sikap dia, saya akan bertindak,” katanya.
Ps: Hah!!! Tunggu apa lagi, saman je la!!! Dah kena tuduh 'Bodoh macam Lembu' pun Si Rafizi ni masih tak nak ambik tindakan?
Dah hilang ke buah kerandut dia sampai tak sanggup nak saman Si Penjual Karpet tu? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.