Selasa, Januari 08, 2013


Huh!!! Apa nak pelik kalau Si Mahfuz Bean ni tutup mulut bila diminta untuk mengulas mengenai isu kalimah Allah tu. Dia apa tau? Setakat lulus SRP.

Lain la kalau dia belajar tinggi - tinggi dalam bidang agama. Boleh jugak la mintak pandangan dia. Itu pasal la dia tutup mulut. Tapi bukan dia je yang kena tutup mulut.

Habis semua pemimpin - pemimpin dalam PAS tu dipaksa untuk bersekongkol dan menutup mulut dari membahaskan perkara tersebut biar pun ada yang tak bersetuju.

Jelas, puak - puak Parti Angguk Saja ni lebih takut pada DAPigs dari takut agama Islam dicemar kesuciannya. Diorang sanggup jadi Kufur hanya semata - mata tamakkan kuasa dan ghairah berpolitik. Pejuang Islam konon. Ciet!!! Pigidah!!!
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya. 

BH semalam memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu. 

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping