Heran jugak. Kenapa pulak Si Anthony Loke ni nak bising - bising bila Tunku Abdul Aziz dedahkan mengenai isu berkaitan dengan Tunku Zain?
Bukan ke itu hak Kebebasan bersuara yang selama ni dilaung - laungkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu? Jadi, kenapa pulak ianya perlu dipertikaikan pulak?
Tambah menghairankan ialah apabila dia menuduh Tunku Aziz bertindak secara tidak berintergriti dan tidak beretika?
Walhal selama ini, diorang jugak dok dabik dada kata diorang tu sebuah parti yang telus, adil dan jujur. Ini Telus Kepala Tengkorak dia!!
Kalau telus, kenapa pulak perkara macam tu pun diorang nak sembunyi - sembunyi? Bila orang dedah, diorang nak marah pulak? Apa cibai sangat perangai diorang ni!!!
Inilah masalahnya kalau setakat tau nak bercakap je kerjanya. Bila tiba bab nak suruh laksana apa yang diorang cakap, satu hapah pun tak terbuat dek diorang. Setakat bercakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kepada umum yang beliau pernah diminta Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke agar memujuk Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz menyertai parti itu disifatkan sebagai tidak berintegriti dan beretika.Loke yang juga Setiuasaha Pengelola DAP berkata, tindakan Tunku Abdul Aziz itu tidak menghormati perbincangan yang bersifat peribadi dan sepatutnya ia tidak diungkit balik demi menghormati status Tunku Zain Al’Abidin.
“Saya amat kesal dengan tindakan beliau (Tunku Abdul Aziz). Perkara itu dinyatakan dalam satu perjumpaan yang tidak formal dan tertutup, sepatutnya ia bersifat peribadi. Jadi mengapa perlu nak hebah-hebahkan?
“Sepatutnya beliau perlu menghormati privasi individu tersebut kerana baginda yang dikaitkan itu bukannya orang biasa, sebaliknya orang bangsawan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, dalam satu ceramah di Seremban, Tunku Abdul Aziz mendakwa Loke pernah meminta beliau untuk memujuk Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin hadir untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.
"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.
"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya.
Tunku Abdul Aziz juga berkata, sebaik hasrat DAP itu disampaikan kepada Tunku Zain Al-'Abidin, baginda menolak permintaan itu. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.