Selasa, Januari 08, 2013


SHAH ALAM: Apabila lebih setengah juta rakyat di Selangor menghadapi krisis air, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahkan Syabas dan kerajaan persekutuan.

Apabila prestasi kewangan Universiti Selangor merudum dan jumlah pengambilan pelajar berkurangan, kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu dipersalahkan.

Apabila cukai pintu di beberapa kawasan dinaikkan dengan mendadak, kerajaan Selangor menuding jari kepada agensi persekutuan iaitu Jabatan Penilaian Harta.

Dan apabila Majlis Perbandaran Sepang bertindak merobohkan sebuah tempat pemujaan di rumah seorang penganut Hindu, kerajaan negeri berkata tindakan itu berasaskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional.

Dengan pilihan raya umum semakin hampir, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin liar menuding jari kepada pihak ketiga di atas segala permasalahan di Selangor.

Politik menyalahkan Barisan Nasional adalah strategi terdesak untuk mengekalkan sokongan rakyat dalam harapan untuk terus berkuasa di negeri yang menjadi tonggak kekuatan ekonomi Malaysia.

Namun kekuatan ekonomi itu semakin terhakis dengan keyakinan pelabur makin rapuh akibat masalah-masalah asas.

Yang jelas rakyat terpaksa menanggung kesan rumah pam air rosak, jalan-jalan buruk yang mudah banjir, penginapan pelajar Unisel mendap, dan janji membela nelayan, petani serta ibu tunggal “dilupakan.”

Segala permasalahan itu ditutup dalam portal-portal pro-pembangkang termasuk Harakah dan Suara Keadilan serta lidah rasmi kerajaan negeri iaitu Selangorku.com, akhbar Selangorkini dan Selangor Times.

Sebaliknya media rasmi kerajaan negeri Selangor ghairah menyiarkan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri lain yang menuding jari kepada BN dalam sebarang keadaan.

Ps: Kesimpulannya mudah je beb. Siapa yang nak mengaku dia berak tengah jalan!!! Buat apa nak susah - susah pikir panjang - panjang. Si Khalid Gagap ni bukannya reti buat kerja pun. Dia memang tak layak jadi pemimpin!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. KHALIB GAGAP BUKAN TAHU BUAT KERJA. MCM SIAL.

    BalasPadam
  2. bongok. Air pun nak dipolitikkan ker?
    Tak masuk akal kalau air kurang sebab sekarang ni musim hujan.
    So tak ade relevannyer kalau air kurang melainkan ada orang yang buat khianat.
    Sapa buat khianat minta2 dilaknat ALLAH.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping