La ish!!! Tak sedar diri jugak lagi ke Si Kasanova sorang ni? Masih jugak dia tak serik - serik nak membangkitkan kemarahan orang ni ye?
Sebelum ni dia dah kena balun dah dengan ibu - ibu tunggal sebab menipu. Sekarang dah kena balun pulak. Depan orang ramai pulak tu. Pun dia masih tak sedar diri jugak ke!!!
Sikap menekan rakyat Selangor semakin serius apabila kerajaan negeri terus menafikan hak mendapatkan potongan cukai pintu.Semalam hampir 1,000 penduduk Pandamaran berhimpun menuntut kerajaan PKR melunaskan janji manifesto pilihan raya umum lalu.Menurut Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Dr Ching Eu Boon yang mengetuai perhimpunan itu, majoriti rakyat di kawasan Klang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana memperdayakan mereka.Pihaknya telah mengedarkan borang tuntutan penurunan cukai pintu bagi kediaman dan premis komersial kepada setiap penduduk di kawasan itu dan bercadang membawa tuntutan para penduduk ke mahkamah dalam masa terdekat.Katanya, setakat ini pihaknya menerima hampir 1,000 borang tuntutan."Kita juga telah menggerakkan pasukan khas terdiri daripada ahli MCA dan para sukarelawan mendaftarkan nama-nama para penduduk yang tidak menerima penurunan cukai tersebut yang dijanjikan kerajaan negeri."Kita jangkakan lebih 5,000 borang diterima daripada para penduduk Pandamaran dalam tempoh terdekat," katanya.Kerajaan PKR sebelum ini berjanji akan menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial pada kadar 10 peratus dan 20 peratus namun gagal melaksanakannya sehingga hari ini.Tambah Eu Boon lagi, rakyat Selangor sepatutnya memilih kerajaan yang lebih bertanggunjawab pada pilihan raya umum akan datang. - seterusnya...
sampai berserabai rambut duk pikiaq menipu orang...sian
BalasPadam