Selasa, Januari 08, 2013


Rasanya, dah berbuih - buih dah mulut kita berbicara pasal sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang tak sedar diri tu. Dah macam - macam perangai yang kita dedahkan.

Diambang Pilihan Raya macam ni, rasanya lebih banyak lagi pendedahan yang akan dibuat supaya rakyat dapat menilai sejauh mana ketelusan mereka.

Selama hari ni, diorang kata diorang ni memperjuangkan rakyat. Walhal kita sendiri dah lihat sejauh mana Kebenaran mengenai perkara tersebut.

Cuma artikel kali ini bukan ditujukan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang tu. Tapi kepada sesetengah pemimpin lain yang tak reti bahasa.

Maaf la kalau ada sesiapa yang terasa. Tapi, Kebenaran tetap jugak perlu ditegakkan biarpun ianya pahit nak dtelan. Siapa rasa pedas tu, boleh la komen kat bawah ni.

Sepatutnya, bila dah nak dekat dengan tarikh Pilihan Raya ni, pemimpin tak perlu la nak berkira sangat dengan apa yang perlu dibuat.

Sebagai contoh. Kalau ada pihak yang anjurkan program, apa salahnya kita hulurkan bantuan dengan meramaikan majlis? Kenapa pulak nak berkira sangat?

Inilah masalahnya dengan pemimpin jenis macam ni. Bila orang tegur, dia bukannya nak terima. Malah diburuk - burukkan kita pulak.

Nak ditegur pun salah. Tak ditegur kang, dia ingat dia betul sangat. Tapi, apa yang dia buat tu jelas hanya menjejaskan nama baik parti.

Waima kalau dia kena keluar duit sekali pun, bukannya duit dia. Duit tu memang untuk digunakan. Jadi, tak payah la nak bising - bising kata duit habis.

Nak harapkan pemimpin macam tu keluarkan duit dia sendiri untuk buat program? Jangan harap la!!! Mati hidup semula pun takkan mungkin dia akan buat.

Pemimpin macam tu perlu ingat. Kesenangan hidup dia bukan atas usaha dia sendiri. Tapi atas bantuan orang lain dan atas desakkan dia sendiri.

Kalau orang tak tolong, dia kata tak nak tolong sedara mara. Tak nak tolong kawan - kawan. Walhal, orang tolong tu sebab nak dia bantu orang lain pulak.

Ini tidak. Dia rasa apa yang dia dapat tu adalah hak dia dan dia tak perlu nak kongsi hak tu dengan orang lain. Jenis pemimpin apa kalau macam tu?

Jangan kata la dia nak keluarkan duit untuk buat program. Nak hulur duit bagi membantu khairat kematian, bantu mangsa banjir pun dia berkira jugak.

Bukannya orang mintak duit dia berjuta - juta. Sekadar yang mampu dia bagi je. Waima Haji Bakhil pun sanggup bagi seringgit untuk anak yatim. Yang dia, seposen pun nak kedekut!!! Kalau macam tu, baik tak payah jadi pemimpin la. Menyusahkan orang je kerjanya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping