Ahad, Januari 20, 2013


Nampak gayanya, puak - puak Rejim Pakatan Selangor masih lagi menjadikan soal isu air di Negeri tersebut sebagai modal untuk mereka bermain Politik.

Walaupun tuntutan mereka sudah pun dipenuhi, yakni membenarkan penstrukturan semula air dibuat, namun perkara itu masih tidak mencukupi bagi mereka.

Entah apa la yang diorang nak tak tau la. Hakikatnya, semua itu hanya wayang mainan Politik mereka semata - mata. Yang jadi mangsa, rakyat jugak.

Jadi, memang ada kebenaran dalam apa yang dijelaskan oleh YAB Menteri Besar Pahang ni. Kalau rakyat nak isu tersebut diselesaikan, maka kembalikan Selangor kepadan BN. Kalau tidak, jadi mangsa kerakusan Politik Si Khalid Gagap tu je la diorang jawabnya!!!
BENTONG - Rakyat di negeri Selangor mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor atau projek Langat 2 boleh diteruskan atau sebaliknya iaitu dengan mengembalikan semula pemerintahan negeri Selangor kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kuasa itu sebenarnya terletak di tangan mereka walaupun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mempunyai kuasa membatalkan projek pembekalan air ke Lembah Klang.

"Kalau mereka ingin mendapatkan bekalan air tanpa sebarang gangguan, mereka seharusnya berfikir untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Selangor kepada kerajaan Barisan Nasional.

"Kerajaan BN sentiasa prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat dan sudah tentunya tidak akan membiarkan penduduk Lembah Klang menghadapi masalah gangguan bekalan air seperti yang berlaku pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan kepada 445 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi
dan Sekolah Kebangsaan Pelangai di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat negeri Selangor supaya membuat perbandingan semasa era kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerajaan PKR dengan BN.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping