Nampak gayanya, si jelitawan ini masih tak berubah. Dia hanya melayan wartawan dan jurugambar yang dikenalinya.
Jika wajah baru, dia akan jual mahal dan layan ala kadar saja. Kalau dapat berbual dengannya, itu dikira bernasib baik.
Baru-baru ini, CAK dengar dia buat wartawan dan jurugambar menunggu lama untuk merakam gambar serta menemubualnya di satu lokasi penggambaran.
Padahal perkara ini dimaklum lebih awal pihak produksi. Sepatutnya, sesi fotografi itu dapat disiapkan cepat, namun dek sikap pelakon ini, urusan kerja itu makan masa seharian.
Memahami mereka menumpang penggambaran drama, hanya masa yang dibenarkan untuk menyelit merakamkan gambar dan menemubual pelakon itu, tetapi sampai ke petang artis itu jual mahal.
Bila ada peluang menyelit, artis itu menolak bila dipanggil dengan alasan menunggu untuk penggambaran, pada hal produksi sudah bagi lampu hijau.
CAK difahamkan, dia juga hilang berjam-jam walau berjanji untuk luangkan masa. Kru bertugas juga beberapa kali ingatkan dia, tetapi artis itu mengelak dengan bagi macam-macam alasan.
Sepatutnya, dia menggayakan dua baju untuk sesi fotografi yang diatur, sudahnya hanya satu baju sempat dirakam.
Terbakar hati jurugambar apabila tidak dapat melaksanakan kerja yang diamanahkan gara-gara sikap diva pelakon itu.
Mujur wartawan yang bertugas berjaya mengambil hatinya untuk ditemubual. Boleh pula luangkan masa untuk bercakap panjang. Gitulah!
Ps: Jangan la jadi macam pemimpin Pakatan Pembangkang tu pulak. Diorang pandai buat kontroversi. Tapi lepas tu, takut nak jumpa wartawan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.