MACAM-macam cerita SS dengar mengenai selebriti wanita yang sudah berkahwin ini. Dia akhirnya berjaya disatukan dengan suaminya dan sekarang mereka sedang mengecap nikmat kebahagiaan. Lebih menggembirakan selebriti wanita itu sudahpun berbadan dua.
Bagaimanapun, baru-baru ini ketika rakan SS berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu negara, ternampak kelibat artis wanita itu dan suaminya masuk ke sebuah restoran.
Mereka duduk di satu sudut yang agak terselindung daripada pandangan orang ramai. Kebetulan rakan SS juga singgah makan sebentar di situ. Sesudah pasangan itu selesai makan, mereka pun bangun dan terus beredar.
Tatkala kedua-duanya hendak melangkah keluar dari restoran berkenaan, sempat rakan SS mengerling ke arah selebriti wanita itu yang semakin cantik.
Walau bagaimanapun, ada seorang teman SS tiba-tiba bertanyakan sesama sendiri adakah mereka nampak sesuatu?
Lalu kawan SS berkata, kandungan selebriti wanita tadi nampak sungguh ketara semacam menunjukkan selebriti wanita itu sudah lama mengandung walhal dia baru berkahwin.
Nak dijadikan cerita, pasangan tadi kembali semula ke dalam restoran kerana tertinggal sesuatu dan kali ini rakan SS itu nampak dengan mata kepala mereka sendiri.
Memang benarlah bagai dikata teman tadi, perut artis wanita tadi sangat ketara ibarat mengandung lima bulan. Hmmm... SS rasanya cukuplah sampai di sini saja gosip yang mahu dikongsi.
Bukanlah SS mahu menuduh apa-apa, namun situasi itu tentunya menimbulkan pelbagai spekulasi kepada orang ramai. Bagi SS, apa yang lebih penting, pasangan itu sudah berkahwin dan bahagia.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.