Jumaat, Januari 11, 2013


Hek eleh!!! Tak paham betul la dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Sebab benda - benda kecik macam tu pun diorang nak kecoh jugak ke?

Setakat turun dua peratus pun diorang nak berkokok kata seluruh rakyat Malaysia ni dah tolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Agak - agak la weh!!! Kot ye pun diorang ni ketandusan idea, takkan la benda kecik macam tu pun diorang nak perbesar - besarkan tak tentu arah.

Yang herannya, kenapa diorang tak siarkan keputusan mengenai tahap populariti Si Ketua Penipu tu? Kenapa diorang hanya siarkan keputusan DS Najib je?

Adakah diorang takut kemaluan mereka terdedah kalau keputusan yang berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu disiarkan melalui media?

Tapi, secara peribadinya, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre ni bukannya boleh pakai sangat. Setakat 1,000 orang je respondance, bukannya mewakili seluruh rakyat Malaysia pun!!!
SHAH ALAM - Sementara ramai meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil Mac ini, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengalami peningkatan kecil Oktober lalu merosot semula bulan Disember, demikian menurut kajian terbaru Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu, yang dikeluarkan petang ini, menunjukkan populariti beliau susut daripada 65 peratus pada bulan Oktober kepada 63 peratus bulan lalu.

Sebelum ini, beberapa penganalisis melihat kadar dalam lingkungan itu masih tinggi bagi seorang perdana menteri di negara ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, akan mengetuai Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU13, yang pertama sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009. Mandat BN memerintah Kerajaan Pusat hanya akan berakhir 28 April ini.
Dalam kenyataannya, Merdeka Center berkata, populariti Najib masih kekal kukuh di kalangan pengundi kaum Melayu dan India, masing-masing 77 dan 76 peratus, tetapi merosot kepada 34 peratus di kalangan masyarakat Cina.
Populariti Najib di kalangan pengundi Melayu meningkat dua tangga daripada 75 peratus kepada 77 peratus manakala di kalangan pengundi India pula ia mengalami kenaikan daripada 68 peratus kepada 76 peratus.
Kajian ini dikendalikan dua minggu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2012. Seramai 1,018 pengundi masing-masing 59 peratus Melayu, 32 peratus (Cina) dan sembilan peratus (India) ditemu bual.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping