Ahad, Januari 20, 2013


Alahai... macam - macam dah hidup dalam dunia ni ye. Nak bercinta pun kena ada jurulatih jugak ke? Takkan la itu pun kena orang lain jugak yang tunjuk kot.

Tapi, tahan la kalau seseorang tu memerlukan jurulatih untuk dia bercinta. Lain pulak dengan cerita pasal Si Ostazah Pening tu ye tak. Dia tak perlukan jurulatih.

Sebab dia memang dah semula jadi pandai. Pandai Menipu dan tabur fitnah. Cuma bakat dia dalam bidang tu perlu digilap lagi supaya lebih cemerlang.

Kalau bab nak bercinta ni, dia memang dah pandai. Tu pasal la dia sampai bercerai berai. Pun bukan salah orang lain. Sebaliknya salah dia sendiri jugak.

Dia jugak yang tabur fitnah dan mengesyaki suami dia ada hubungan yang bukan - bukan. Sekarang, dia meroyan la sorang - sorang atas pentas. Nak kata dia perlu jurulatih pasal bab menipu dan tabur fitnah ni? Tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je!!!
AKTRES Katie Holmes dilaporkan mengupah seorang jurulatih bagi membimbingnya dalam aspek perhubungan.
Holmes yang memfailkan perceraian dengan aktor Tom Cruise pada Julai tahun lalu dikatakan sudah bersedia untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan mencari pengganti.
Justeru itu, ibu kepada Suri, 6, ini mengambil keputusan mendapatkan bantuan profesional bagi meningkatkan semula keyakinan diri terhadap lelaki.
Seorang sumber berkata, Katie membuat keputusan untuk kembali menjalin hubungan selepas menyambut ulang tahun kelahirannya pada hujung Disember lalu.
Katanya, pada kali ini aktres berusia 35 tahun itu mengambil pendekatan berbeza dalam soal perhubungan.
“Dia (Katie) menghadiri sesi dengan jurulatih secara individu dan menerusi telefon. Dia belajar mengenai teknik mendekati orang baharu termasuklah tip menjalinkan hubungan dan memperolehi semula keyakinan diri.
“Katie kini semakin yakin untuk bercinta semula dan mengambil langkah seterusnya bagi mencari pasangan dengan bantuan terapi itu,” kata sumber berkenaan.
Tambah sumber itu kepada majalah Grazia, Holmes mahu melakukan sesuatu mengenai hubungannya memandangkan 2013 baharu sahaja bermula.
“Memang sukar untuk bertemu dengan orang baharu di New York, terutamanya apabila anda adalah ibu tunggal. Kita faham jika dia berasa sunyi.
“Rakan-rakan pernah mencadangkan beberapa pertemuan antara Katie dengan lelaki lain tetapi dia tidak berminat.
“Jadi, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan profesional bagi menyuntik semula keyakinan dirinya,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping