Kuala Lumpur: Membimbangkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan terhadap populariti budaya Korea seperti K-Pop dan K-Drama dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda dengan menawarkan 'adik' istimewa dari negara berkenaan.
Tarikan terbaru itu jika tidak dibendung dikhuatiri boleh menyesatkan golongan muda yang makin terikut-ikut dengan budaya Korea.
Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati pihak terbabit cuba mempromosikan pakej terbaru itu dengan menonjolkan keistimewaan gadis Korea berkenaan seperti memiliki payu dara besar selepas melakukan suntikan hormon, cantik selain bekerja sambilan (freelance) sekali gus masih 'bergetah'.
PENDATANG asing dari Korea, China dan Indonesia berbaris ketika diperkenalkan kepada pelanggan.
Bagaimanapun, bayaran untuk khidmat gadis Korea itu lebih mahal iaitu sekurang-kurangnya RM600 sejam berbanding pekerja seks dari negara lain kira-kira RM200 sejam.
Difahamkan, harga mahal itu tidak mengejutkan kerana gadis Korea masih baru di pasaran kerana mereka sebelum ini lebih gemar bekerja di pusat hiburan dan karaoke milik warga negara itu dan hanya menawarkan khidmat sesama mereka.
Ps: Kot ye pun terpengaruh sangat dengan K-Pop tu, takkan la sampai ke tahap ini!!! Itu pun tak boleh nak pakai otak jugak ke!!!
Jangan sampai Si Ketua Penipu tu cari K-Pop Doll pulak sudah la. Chinadoll dia dah 'merasa'.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.