Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.
Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.
"Apabila sudah ada laporan, Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.
"Seniman, FDAM dan PFM akan membuat satu tindakan bersama dengan menulis surat kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan semua stesen televisyen tanah air mengenai tingkah laku buruk penerbit dan pengarah berkenaan untuk disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Zed mengulas dakwaan seorang artis baharu, Zeehan Husin bahawa dia pernah diminta menjadi teman tidur seorang pengarah drama terkenal jika mahu mendapat watak utama.
Zeehan, 30, memberitahu, perangai jelik pengarah itu diketahui oleh kru produksi drama di bawah arahan lelaki tersebut.
Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak.
"Mangsa tidak perlu takut untuk membuat laporan walaupun diugut kehilangan watak yang dibawa mereka," jelasnya.
Ps: Patutnya didedahkan aje nama Pengarah tu. Biar satu Malaysia ni kenal dia. Macam mamat kat bawah ni. Bukan setakat satu Malaysia je kenal, satu dunia pun tahu. Baru Padan Muka Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.