Jumaat, Januari 04, 2013


Fuh!!! Bahaya betul. Kalau Si Mat Syabun tu baca artikel kat bawah ni, mau pengsan dia dibuatnya. Ada yang tak sedar diri pulak nanti.

Kalau dia tak pengsan, mungkin dia akan hilang ingatan macam yang dia biasa buat. Mana tidaknya. Ada pulak bekas Komunis yang berterima kasih dengan Kerajaan.

Selama hari ini, Si Mat Syabun Komunis tu kata, puak - puak Komunis ni la yang menjadi pejuang - pejuang sebenar Kemerdekaan Negara.

Dia anggap kematian anggota - anggota keselamatan di Bukit Kepong tu semuanya barua penjajah British. Itu pasal la dia boleh pengsan kalau baca cerita Pak Man Komunis ni. Sebab dia memang jenis manusia tang tak reti terima Kebenaran!!!
PADANG BESAR: Bekas anggota propaganda Parti Komunis Malaya, Othman Teh, 84, berasa bertuah selepas kembali ke pangkuan masyarakat 40 tahun lalu kerana berpeluang menyaksikan dan menikmati hasil usaha cemerlang kepimpinan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara.
    
Beliau yang juga pernah dikenali sebagai "Pak Man Komunis" itu berkata, sistem penyampaian negara juga amat berkesan malah beliau adalah salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat itu.
    
Othman yang kini menghadapi masalah pendengaran berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana berada dalam sebuah negara yang ditadbir oleh para pemimpin yang cekap dan sentiasa mengambil berat masalah rakyat.
    
Katanya, rakyat sudah pasti mahukan kerajaan yang terbaik dan kepimpinan parti yang memerintah perlu terus menunjukkan keupayaan dan bukan saling "korek kepala kudis" sehingga masing-masing menjadi sakit dan menjijikkan.
    
Warga emas yang kini terlantar di kediamannya di Kampung Tersusun dekat sini berkata, walaupun beliau menyertai Umno sejak parti itu diwujudkan pada 1946, beliau hanya kembali ke pangkuan masyarakat selepas perjanjian damai PKM di Hatyai, Thailand pada 1989.

"Saya gembira kerana kerajaan tidak pilih kasih dalam menyalurkan sumbangan dan saya menikmati keindahan hidup di sini. Saya juga dapat bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pengarah JKM Perlis Abdullah Ali, semalam.
    
Katanya, beliau kini bergantung hidup dengan bantuan bulanan JKM dan yakin akan terus menikmati bantuan yang lain seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa pembentangan Belanjawan 2013 termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2.0.
    
Othman berkata, beliau tidak pernah merasa terpinggir kerana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga mengambil berat terhadapnya sebagaimana mereka mengambil berat terhadap orang lain.
    
Beliau percaya rakyat akan terus memberi mandat kepada kerajaan BN kerana sistem penyampaiannya yang berkesan di samping pembangunan yang telah dibawa untuk kepentingan rakyat.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dia sengeh dan pejam mata kerna teringat pada satu bau........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping