Jumaat, Januari 04, 2013



KEBIASAANNYA pasangan yang baru berumah tangga dilihat umpama belangkas dan susah untuk melepaskan pasangan masing-masing. 

Kalau boleh, ke mana saja pergi, mereka mahu bersama 24 jam. Duduk bekerja pun asyik teringat pasangan masing-masing.

Maklumlah, kalau cinta itu dibina atas dasar suka sama suka, tentulah pasangan itu akan terus mahu bersama selepas diikat dengan sah.

Namun SS terkejut pula mendengar episod drama seorang pengacara ini yang seingat SS agak baru membina mahligai bersama isterinya. Kata orang belum sampai dua tiga tahun pun. 

Menurut teman yang membawa perkhabaran panas ini, dia pun secara tidak sengaja mendapat gosip mengenai pengacara berkenaan sewaktu duduk melepak bersama teman-temannya di sebuah kafe, baru-baru ini.

Kata rakan SS, siapa tahu di sebalik wajah sejuk pengacara berkenaan, rupa-rupanya, dia sebenarnya menyimpan rahsia yang kalau didedahkan akan bergoncang rumah tangganya nanti. Namun, rasa SS dia kena ditegur supaya tidak terus bertindak keterlaluan.

Macam SS kata, dulu SS lihat pengacara ini dengan isterinya sangat bahagia. Rupa-rupanya dalam wajah yang sejuk itu, dia dikatakan suka buat skandal di luar pengetahuan isterinya itu. Haa ini kes kekasih gelap nampaknya. 

Kata sumber SS tadi, rakannya sendiri cantik itu mengaku dia selalu berjumpa dan keluar dengan pengacara berkenaan. Apa lagi rakan SS terus terkejut bukan kepalang apabila mendengar pengakuan rakannya itu. 

Kalau ikutkan, SS sebenarnya tidaklah mahu menyalahkan sepenuhnya pengacara berkenaan. Kata orang, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

Kalau hendak dilabel gatal, kedua-duanya pun sama bukan? Seorang bersikap curang dan seorang lagi suka mengganggu rumah tangga orang. 

Sudahlah skandal dengan suami orang, wanita itu tidak segan bercerita kepada orang lain pula macam mahu bermegah? SS harap pengacara itu akan sedar dengan sikap dan perbuatannya yang menduakan isteri. 

Kembalilah kepada isteri anda kerana rumah tangga pun masih baru dibina. Jangan nanti apabila sudah kantoi, dunia ini akan terbalik! 

SS: Terkedu tengok nasib seorang personaliti ini. Dulu dia rampas suami orang, sekarang suaminya itu pula yang ligat main kayu tiga. Bukankah itu karma namanya dan sekarang dia sendiri yang makan hati.


Ps: Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping