Ahad, Januari 13, 2013


Hah!!! Ini satu lagi kisah menarik dari penyokong - penyokong Parti Angguk Saja tu. Diorang katanya masih kecewa dengan sikap Si Hadi Awang semalam.

Kenapa pulak diorang nak rasa kecewa? Apa yang dah Si Hadi Awang tu buat sehingga diorang merasa kecewa sedemikian rupa?

Kalau sebelum ini, mereka pernah meluahkan rasa kecewa kerana Hadi Awang mempermainkan Hukum Hudud semata - mata untuk mendapatkan sokongan.

Mereka kata, Hadi Awang lebih rela tunduk kepada DAPigs dan membuat janji palsu dalam muktamar PAS yang lalu dimana dia menegaskan mahu hukum tersebut dilaksana.

Jelas mereka lagi, janji SI Hadi Awang tu rupanya hanya boleh dipakai didalam dewan muktamar. Tetapi, sebaik sahaja Hadi Awang langkah keluar, janji tu semua gugur.

Hadi Awang, kata mereka, jelas telah mengenepikan pejuangan untuk menegakkan Hukum Hudud sebaik sahaja dia berjumpa dengan pihak media.

Semuanya itu dibuat atas alasan untuk menjaga hubungan erat diantara PAS dan juga DAPigs bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Terkini, kekecewaan jelas masih terpancar dari wajah penyokong - penyokong kuat PAS apabila sekali lagi Hadi Awang mengenepikan perjuangan PAS yang sebenar.

Bagi mereka, Hadi Awang telah mensia - siakan perjuangan pemimpin - pemimpin terdahulu dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia.

Semalam, tatkala diberi peluang untuk berucap, Hadi Awang tidak sekali pun menjelaskan kepada ahli dan juga penyokong PAS kenapa kalimah Allah dibenarkan kepada Bukan Islam.

Hadi Awang sedikit pun tidak menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan kepada rakyat isu besar yang menimbulkan konflik diantara agama itu.

Walhal, kehadiran semalam majoritinya terdiri daripada penyokong dan ahli - ahli PAS sendiri dimana kebanyakkan mereka menunggu - nunggu penjelasan dari Hadi Awang.

Dikalangan mereka sendiri tertanya - tanya, kenapa pemimpin PAS sendiri berpecah belah dalam menjawab isu tersebut dan siapakah diantara mereka yang harus dipercayai?

Itu persoalan yang perlu dijawab oleh Hadi Awang selaku pemimpin PAS dihadapan penyokong - penyokong Pakatan semalam. Tetapi malangnya, perkara itu tidak berlaku.

Jadi, memang sah la yang PAS ni hanya mementingkan Politik dan kerakusan mereka dalam merampas kuasa untuk ke Putrajaya. Isu bab perjuangan Islam ni dah diorang abaikan terus. Jadi, tak payah la diorang ni nak dabik dada kata diorang ni pejuang Islam!!!

Ps: Kepada sahabat Semut yang masih menyokong PAS tu. Kalau dah tau yang Hadi Awang ni menyeleweng dari perjuangan, yang korang ikut lagi tu buat apa? Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. isssssssh baru nak perasan ker.....dah semusim tinggalkan pas

    BalasPadam
  2. itu la...dulu cakap UMNO kafir berbagai sebab berkawan dengan MCA dan MIC dalam BN.....sekarang apa yang mereka ludah terpercik balik ke muka sendiri....dulu kata UMNO gagal dalam soal Islam sebab tak laksana hudud hanya kerana kononnya nak jaga undi kaum cina,india....tapi aq tengok PAS lebih kurang sama je,malah letak calon bukan islam atas nama PAS pulak tu..dah takde calon islam ke???....heran.....dulu waktu ustaz fadzil noor dan barisan ulama PAS dulu cukup main tentang kalu nak kaitkan PAS dengan bukan islam terutamanya DAP dalam semua hal....sekarang ni ape pon boleh dengan niat ke PutraJaya....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping