Selasa, Januari 29, 2013


Ini satu pesanan ikhlas yang ditujukan khas kepada Si Nurul Izzah tu. Kalau dia ke luar Negara, cari - cari la beg yang besar sikit. Kalau boleh beg orang pergi Haji tu.

Sekurang - kurangnya, kalau tak kemas - kemas barang dia, boleh jugak dia duduk dalam beg tu nanti. Senang sikit dia nak larikan diri.

Bukan apa. Pesanan ni diberikan supaya dia bersiap sedia. Nanti takut malu pulak dia nak berjalan depan orang bila dia kena lanyak kat Lembah Pantai.

Orang lain sibuk buat kerja menjaga rakyat sedangkan kerja tu sepatutnya dia yang buat. Tapi, nak cakap macam mana ye tak. Memang tak boleh ubah dah perangai dia.

Jenis orang dah hidup senang, mana dia suka buat kerja sendiri. Sebab tu la dia asyik mengharapkan orang lain je. Jadi, baik la dia duduk rumah je. Jaga suami, jaga anak - anak lagi bagus. Ada jugak faedah dari dok menyusahkan orang!!!
Barisan Nasional (BN) yakin mendapat sokongan penuh masyarakat Cina di sekitar Lembah Pantai berdasarkan program berterusan yang dilaksanakan di kawasan itu sejak empat tahun lalu.

Pengerusi BN Lembah Pantai yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata BN berjaya menaik taraf hidup penduduk di kawasan itu menerusi pelbagai program yang dijalankan secara berterusan.

Antaranya mengecat dan membaik pulih semula 50 blok rumah pangsa kos rendah dan rumah pangsa kos sederhana dengan dana RM6 juta yang disalurkan kerajaan menerusi Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M).

“Program dijalankan BN untuk masyarakat Cina dan masyarakat lain di Lembah Pantai adalah berterusan dan bukan hanya menjelang pilihan raya semata-mata.

“Program mengecat semula rumah di Taman Seri Sentosa berjaya meningkatkan nilai hartanah yang sebelum ini berharga RM50,000 kepada RM90,000. Kadar sewa rumah juga telah meningkat dan ini menguntungkan penduduk,” katanya.

Usaha itu juga menjadikan keadaan rumah pangsa kos rendah dan sederhana di sekitar Kuala Lumpur jauh berbeza berbanding rumah pangsa di Selangor dengan suasana lebih ceria serta selesa.

Langkah itu turut menarik pihak berkuasa tempatan di negeri lain mengguna pakai kaedah sama untuk mengindahkan perumahan kos rendah dan sederhana di kawasan masing-masing.

“Saya sudah bersama penduduk di Lembah Pantai sejak 25 tahun dan memahami keperluan dan masalah mereka. Asalnya kawasan ini adalah setinggan dan bila kerajaan bangunkan, mereka dipindahkan ke Pantai Dalam sebelum rumah mereka disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hamper mengandungi makanan ringan, buah limau dan angpau sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada 900 warga emas di Taman Seri Sentosa, semalam. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping