Ish, kesian beb kalau tengok Si Nurul Izzah tu sejak kebelakangan ni. Nampak macam orang yang takut dengan bayang - bayang sendiri.
Sebelum ni, dia dipaksa mendiamkan diri akibat kontroversi yang telah dibuat berkaitan dengan Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu.
Kali ini, dia tampil pulak dengan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh mengenai bilangan pengundi dikawasan Lembah Pantai.
Kononnya, kata dia, seramai 5000 orang pengundi luar yang juga merupakan ahli UMNO telah pun dipindahkkan ke kawasan tersebut untuk menghadapi PRU akan datang.
Dengan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang sah, dengan selambanya dia menuduh pihak SPR bersekongkol dalam isu tersebut.
Heh! Si Nurul Izzah tu ingat kita semua ni bodoh sangat ke? Dia ingat kita tak tau, itu semua taktik yang akan dia gunakan kalau dia kalah dalam PRU akan datang.
Dia memang dah sedar bahawa kedudukan dia di Lembah Pantai tu dah semakin terancam, jadi dia buat la cerita macam ni. Sebab dalam kenyataan dia pun ada menyebut:
“Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).“80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan,” sambungnya.
Nah!!! Itu pun dia nak meroyan jugak ke? Apa pasal pulak dia nak marah bila Ketua Polis negara turun dan mengedarkan bubur lambuk?
Kenapa pulak dia nak meroyan bila Perdana menteri kerap turun padang dan berjumpa dengan rakyat? Apa pasal dia nak naik angin bila rumah rakyat di cat semula?
Semua tu rakyat yang mintak. Rakyat sendiri rasa bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak kecuali dia sendiri.
Hakikatnya, rakyat di Lembah Pantai pun dah muak dengan sikap Politiking Si Nurul Izzah ni. Dia bukannya buat kerja pun. Dia sendiri yang pinggirkan rakyat.
Jadi, tak payah la dia nak buat tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan. Semua ni berlaku pun sebab salah dia sendiri. Maka adalah lebih baik dalam PRU akan datang dia tak payah bertanding. Duduk je kat rumah, jangan dok menyusahkan orang pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.