Huh!!! Makin sakit otak la Si Ostazah Pening tu bila dia baca artikel kat bawah ni. Apa pulak la tohmahan yang akan dihamburkan nanti ek.
Orang lain berulang alik ke Palestine bagi membantu mangsa kekejaman Rejim Zionist tu. Yang Si Ostazah Pening tu pulak buat apa?
Dok sedap duduk kat dalam rumah mewah berhawa dingin sambil bermain twitter dan membuat fitnah yang bukan - bukan terhadap orang lain?
Itu je perjuangan dia nak menegakkan Islam dan memperjuangkan hak rakyat Palestine? Macam tu saja dia nak diri dia digelarkan sebagai Ostazah?
Sudah la!!! Sedar la diri tu sikit. Rentikan la dok meroyan tak tentu arah ni. Cari la kerja yang berfaedah sikit nak buat dari dok mengabihkan masa je buat fitnah pada orang lain. Suka sangat buat fitnah ni, orang pun menyampah!!!
Perjuangan artis serba boleh Afdlin Shauki dalam misi kemanusian untuk masyarakat seislam di Gaza bakal bersambung semula. Pada Februari depan, duta kerhormat OIC ini akan berangkat ke zon bergolak itu bagi meneruskan misi tersebut.Afdlin memberitahu sepanjang 15 hari di sana nanti, beliau akan merakamkan dokumentari (doku) mengenai situasi juga pembinaan sebuah masjid menerusi dana sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk-penduduk Palestin.Sebanyak tiga klip video pendek akan dirakam dalam sehari. Setiap satu klip video itu berdurasi lebih kurang 15 minit. Kemudian klip video itu akan muat naik di laman perkongsian video di YouTube untuk tontonan rakyat Malaysia."Pemergian saya kali ini dibawah projek OIC. InsyaAllah, kita akan merakamkan doku pendek berdurasi 15 minit tentang pembinaan masjid serta bantuan dan hasil dana yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang telah dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk di sana."Kita merancang untuk merakamkan tiga klip dalam satu hari. Kemudian pada malamnya kita akan muat naik klip tersebut di Youtube dan boleh ditonton oleh seluruh Malaysia", kata Afdlin kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di Sri Pentas, semalam.Selain itu untuk misi kali ini beliau sedang mencari seorang sukarelawan berlatar belakang samada doktor atau jurutera bagi menyertai misi kemanusian tersebut."Kita alu-alukan kepada individu yang berlatar belakang doktor atau jurutera yang benar-beanar bersedia mahu sama-sama menyertai misi kami ini. Segala perbelanjaan individu itu akan kami tanggung."Tugas individu itu, misalnya kalau dia seorang doktor, semasa di sana nanti dia akan dibawa ke hospital dan membantu apa yang perlu. Kita juga akan rakamkan doku individu berkenaan", jelasnya lagi.Pada 3 hingga 10 Disember lalu, Afdlin bersama enam kru daripada Vision Works yang diberi nama A2G11 telah menyertai misi kemanusiaan ke Gaza bersama rombongan pertubuhan Aqsa Syarif. Sepanjang di sana, beliau sempat merakamkan dokumentari pendek. Dokumentari pertama itu lebih kepada tentang perasaan dan apa yang dilalui beliau, Bront dan Zain sepanjang berada di sana untuk dikongsikan bersama rakyat Malaysia.
Jahat punya betina!!
BalasPadam