Isnin, Januari 07, 2013


Ye ah!!! Tahniah buat Yunalis Zarai @yunamusic diatas kemenangan pertamanya dipentas Anugerah Juara Lagu ke 27 kali ini. Sesungguhnya bakat Yuna tak perlu dipertikaikan.

Walaupun bukan Yuna yang mendendangkan lagu tersebut, namun nama Yuna sebagai pencipta lirik dan penulis lagu tetap 'Terukir Di Bintang'.

Biarpun ada isu kontroversi berkaitan dengan siapa yang dipilih untuk menggantikan Yuna sebelum ini, ternyata lagu tersebut mampu menambat hati juri professional.

Tak sia - sia jugak la Semut jadi peminat nombor satu Yuna dan banyak jugak buat artikel pasal dia selama hari ini. Bukan la nak menumpang populariti. Hehehe...

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yunalis Zarai dan juga Aizat diatas persembahan yang menarik dan bersahaja. Melodi lagu memang sempoi!!! 

Teruskan usaha mengharumkan nama Negara diperingkat antarabangsa. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu sudah la. Asyik nak menjahanamkan Negara je kerjanya!!! Macam dah tak de kerja lain!!!
Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. 
Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27. Membawakan elemen air pada AJL yang lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi Seni’.
Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 27, hanya 4 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 27, Naib Juara Lagu 27, Tempat Ketiga Juara Lagu 27, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. 
Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.
Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan anda.
Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) 
Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping