Hah! Amacam korang sambut tahun baru? Dah pasang azam masing - masing? Dah puas dah korang tengok pertunjukkan bunga api malam tadi?
Kalau orang lain, awal - awal tahun baru ni berniat nak berubah dari baik menjadi lebih baik. Tapi, lain pulak dengan Mursyidul Am PAS ni.
Dia awal - awal lagi dah meroyan tak tentu arah, mengarut benda yang bukan - bukan. Inilah masalahnya dengan orang yang tak sedar diri ni.
Si Nik Aziz tu hari ni marah bila ada orang yang nak halang Si Hadi Awang tu muncul dalam televisyen. Dah pulak!!! Siapa pulak yang nak halang Hadi Awang tu?
Kalau tengok, semua pemimpin UMNO memang mengalu - alukan Si Hadi Awang tu keluar TV untuk menjelaskan mengenai amanat yang dibuat dulu.
Cadangan Si Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen tu disambut dengan tangan yang terbuka oleh Menteri berkenaan sendiri.
Malah, siap ada pemimpin yang bagi nasihat lagi supaya Hadi Awang menggunakan peluang tu sebaik mungkin dan jangan mensia - siakannya. Jadi, siapa yang Si Nik Aziz ni maksudkan?
Adakah dia maksudkan pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang? Kenapa pulak pemimpin dikalangan Pakatan tu nak halang Hadi Awang masuk TV?
Diorang takut Hadi Awang tu lebih famous dari Si Ketua Penipu tu ke? Maklum la, Si Ketua Penipu tu pun Gila Glamour jugak. Dia pun nak jugak masuk TV.
Nanti, kalau Si Hadi Awang tu masuk TV, orang lagi suka pada Si Hadi Awang tu. Maka orang akan rasa yang SI Hadi Awnag tu lebih sesuai jadi Perdana Menteri.
Habis la peluang Si Ketua Penipu tu nanti. Mungkin orang itu la yang dimaksudkan oleh Si Nik Aziz ni kot. Kalau tidak, siapa pulak yang dia maksudkan?
Sepatutnya, Si Nik Aziz tu berterus terang je la. Jangan la nak berselindung. Tak payah sebut la individu berkenaan ni. Nanti bila orang buat spekulasi, dia marah pulak. Umno jugak yang dia salahkannya!!!
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen.Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini.Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.