Fuh!!! Kejam beb. Tapi apa boleh buat. Penyakit dia sendiri cari. Bukannya salah orang lain. Semua ni, dia sendiri yang sengaja buat.
Dia bukannya tak tau bahana penyalah gunaan dadah tu. Walaupun dia tak mengaku kata dia punya, tapi benda tu ada pada dia.
Dan dalam masa yang sama, dia jugak turut ditangkap khalwat dengan pak we dia berdua - duaan didalam rumah mewah tu. Jadi, tu dah dua kesalahan yang dia buat.
Jadi, memang patut sangat la dia ni kena gantung. Bukan la sebab dengki atau iri hati dengan dia. Tapi sebagai pengajaran buat orang lain.
Bukan dikalangan artis je. Tapi buat seluruh rakyat Malaysia agar mereka tak mengulangi perkara yang sama seperti apa yang Si Minah ni dah buat.
Tinggal lagi, kalau puak - puak Pakatan tu memerintah nanti, jangan pelik la kalau kes macam Si Minah ni terlepas begitu sahaja.
Alasan yang diorang berikan mudah je. Sebab Si Minah tu buat kerja haramjadah ni dalam bilik yang tertutup. Jadi, tak de orang yang berhak untuk masuk campur.
Kalau jadi la keadaan seperti sedemikian rupa, maka makin banyak la maksiat yang akan berleluasa di Negara kita ni kelak. Yang penting diorang buat buat kerja tu ditempat tertutup. Kalau jadi macam tu nanti, alamat jahanam la Negara dibuatnya!!!
Ratu kontroversi Zarina Anjoulie yang berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya kelmarin dikhabarkan berpeluang bebas dari Penjara Kajang hari ini selepas seorang ahli keluarganya bersetuju menjadi penjamin.Dalam akhbar Kosmo hari ini menyebut seorang jurucakap polis memaklumkan yang pelakon dan model itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan tersebut.
Kelmarin Zarina terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas kegagalan adiknya membayar jaminan di kaunter mahkamah. Sehubungan itu, pelakon drama Anak Pontianak itu terpaksa ditahan di penjara sehingga ahli keluarganya membayar wang jaminan berjumlah RM2,000 seperti yang diarahkan mahkamah.
Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keseluruhannya.
"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.
"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli", kata Zed kepada akhbar Sinar Harian hari ini.
Tambah Zed, mana-mana artis yang telah dilucutkan keahliannya juga tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon. Malah secara automatik nama artis tersebut akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,"katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.