Salah seorang ahli PAS yang menerima BR1M 2.0 baru - baru ini... |
Huh! Kesian beb. Memang kesian betul SH tengok puak - puak PAS yang memohon merayu dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ni.
Diorang semuanya hanya ibarat 'Haiwan' dimata seorang manusia yang sering digelarkan sebagai 'Tuan Guru'. Nampak sangat hinanya ahli - ahli PAS yang terima BR1M.
Kalau tadi, ada blogger pencacai PAS tuduh ahli - ahli PAS ni ibarat burung tekikir. Kali ini, Si Nik Aziz tu pulak tuduh ahli PAS yang terima BR1M seperti haiwan.
Dah la tu. Tambah memalukan apabila Si Nik Aziz tu keluarkan ayat tu sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Malaysia selepas balik dari Mekah.
Apa gunanya dia pergi ke Mekah kalau perangai dia tak berubah? Apa gunanya dia pergi ke sana kalau niat dia hanya untuk balik dan memaki hamun sesama Islam?
Mungkin Si Nik Aziz ni lupa. Yang terima BR1M tu bukan semuanya Pro UMNO. Ada jugak dikalangan mereka yang merupakan ahli - ahli PAS.
Mungkin dia lupa. Diantara yang menerima BR1M tu termasuk Yang DiPertua PAS Kawasan seperti di Bentong. Jadi, boleh la dikatakan bahawa YDP PAS Bentong tu pun 'Haiwan' jugak.
Inilah sifat buruk seorang pemimpin yang sering diagung - agungkan oleh puak - puak PAS sebelum ini. Adakah orang seperti ini nak dinobatkan sebagai seorang 'Wali Keramat'?
Jelas. Si Nik Aziz ni bukan seperti mana yang sering digambarkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu. Dia bukannya seorang yang memperjuangkan agama.
Sebaliknya, Si Nik Aziz ni tak ubah macam ahli Politik lain. Kalau seorang ahli agama seperti mana yang digembar - gemburkan selama hari ini, dah tentu - tentu dia takkan hina orang lain sampai tahap macam ni!!! Ahli agama menda jadahnya kalau macam tu!!!
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. - seterusnya...
tu lah.. arwah ayah selalu berpesan katanya.. kita ni klu nak ikut jgn ikut ulama duniawi@nik aziz.. perjuangannya bukan utk menegakkan islam.. tp sekadar nak balas dendam lamanya.. klu betulla dia ulama akhirat dia dah lama hentikan dr dari terlibat dgn politik..sepatutnya kita sesama islam bersyukur dgn bantuan yg diberikan.. bukannya nak samakan manusia dgn haiwan.. dekat tempat sy ni.. area sikamat,seremban.. mmg la kubu kuat pakatan haram jadah tu.. masa hari pemberian baucer.. muka diorang dulu yg gi serbu balairaya.. mmg muka tak tau malu.. len kali kalau kerajaan bg bantuan jgn amik.. pi mintak kat nuaq n sekutunya..eeee geramnya sy.. bila la diorang ni nak sedar
BalasPadamAkan dijawab dgn ayat standard " Tu bukan duit UMNO lah Bodoh" abis tu camne?
BalasPadamPASyirik...sedang menerima bala dari Allah SWT. PASyirik Kedah dah hancur, MB dah kepanasan penyokong bergaduh bertumbok makihamun sesama mereka menjadi2..apa yang mereka buat kat UMNO kini dah balik pada pasyirik.....MasyaAllah...
BalasPadam