Sejuta tahniah SH ucapkan kepada puak - puak Kahak Hijau yang diketuai oleh Si Wong Teck ni sebab berjaya dengan agenda mereka sebelum ini.
Letih - letih diorang mengadu domba dan menabur fitnah kepada rakyat, hari ini ianya telah membuahkan hasil yang cukup cemerlang. Tahniah sekali lagi.
Sebelum ini Si Wong Teck tu kata dia nak bakar kilang Lynas di Gebeng kalau ianya tak ditutup selepas PRU tu nanti.
Nampak sangat la tujuan dia memang nak menjahanamkan Negara dan merosakkan ekonomi Negeri Pahang secara tak lansung.
Dengan adanya kenyataan yang dibuat oleh Si Wong Teck tu telah berjaya menghidupkan api kemarahan dikalangan rakyat. Bukan setakat di Kuantan je.
Sekarang orang luar pun dah tau agenda sebenar puak - puak Kahak Hijau ni. Diorang sebenarnya bukan nak memperjuangkan alam sekitar sangat. Setakat jadi pencacai kepada Pakatan Pembangkang. Itu je kerja diorang pun!!!
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mendesak Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck yang didakwa akan membakar kilang Lynas Corporation Sdn. Bhd. agar memohon maaf secara terbuka kepada warga Pahang dan kakitangan syarikat terbabit.
Presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, pemohonan maaf itu perlu dilakukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Wong Tuck itu memberi kesan negatif khususnya kepada syarikat tersebut serta ekonomi Pahang.
"Kenyataan itu akan menimbulkan rasa tidak yakin pelabur asing di Pahang.
"Malah, jika benar perkara itu berlaku, apa akan jadi kepada kakitangan rakyat tempatan yang mencari rezeki di situ," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai isu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkarnain mendakwa, Wong Tuck dianggap sebagai orang luar yang mahu membuat kacau di Pahang dengan menjejaskan 'periuk nasi' rakyat negeri itu.
"Dia (Wong Tuck) tidak pernah beri apa-apa sumbangan kepada negeri Pahang, dia hanya mengacau periuk nasi orang di Pahang," ujarnya.
Menurut beliau, tindakannya mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan bagi mempengaruhi rakyat adalah suatu jenayah serta menyalahi undang-undang. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.