Jumaat, Februari 08, 2013


Mungkin sebab Si Foolziah ni duduk dalam dunia angan - angan, sebab tu dia anggap semua itu hanya satu manifestasi. Sebab itu dia lupa bahawa ianya bukan satu realiti.

Bagi Si Foolziah ni, apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebelum ini hanya satu gambaran semata - mata. Perkara tu takkan jadi kenyataan kata dia.

Dalam kenyataan dia hari ini, Si Foolziah tu menolak kemungkinan akan berlakunya 'Arab Spring' di Malaysia selepas PRU ke 13 yang akan datang:
Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Dr Mahathir tidak sepatutnya berkata begitu kerana bukan jurucakap PR.


“Beliau bukan jurubicara PR dan bukan jurubicara untuk Anwar. Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya lebih faham konsep demokrasi.

“Ini lah masalahnya bila dah lama sangat memerintah. Arab Spring tidak akan berlaku di Malaysia,” tegas beliau. - seterusnya...
Mungkin Si Foolziah ni lupa bahawa bibit - bibit ke arah Arab Spring itu sudah wujud pada ketika ini. Cuma sebab dia dah dibutakan dengan Kuasa, tu pasal dia tak nampak.

Dia tak nampak ke Keganasan yang berlaku sewaktu Himpunan Bershit 3.0 yang lepas? Dia tak perasan je macam mana ganasnya penyokong mereka masa tu?

Takkan la dia tak sedar bahawa penyokong - penyokong Pakatan tu memang jelas mahu wujudkan konfrontasi secara terang - terangan terhadap pihak berkuasa?

Dan yang terbaru, ancaman keganasan dari puak - puak yang menyokong Si Foolziah tu sendiri di Kuantan. Kalau di Mesir, bangunan kerajaan diorang bakar.

Tapi di Kuantan, kilang memproses nadir bumi milik orang Melayu yang telah diluluskan oleh Kerajaan pulak yang menjadi sasaran. Pun Si Foolziah nak nafikan jugak ke?

Sudah - sudah la Foolziah! Berenti la dari hidup dalam dunia fantasi ni. Balik la ke dunia realiti. Jangan setakat nak syok sendiri je. Kalau betul berlaku Arab Spring nanti, siapa yang nak bertanggungjawab? Jangan dengan dia - dia lari nanti sudah la!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sibetina ni bukan tak sedar ada unsur arab spring lepas pru nanti, saja buat2 tak sedar sedangkan usaha mengujudkan kearah lebih dari itu telah mereka rancangkan, contoh menuduh spr berat sebelah kepada pemerintah sudah cukup untuk menghalalkan kerja kotor mereka, banyak lagi yang boleh kita lihat tindak tanduk puak2 pengkhinat bangsa sedang lakukan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping