Sabtu, Februari 09, 2013


Berang dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy dan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dikatakan memungkiri janji Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU12) lalu, sekumpulan penduduk di Ladang Batu Kawan bertindak membakar sebuah keranda yang dibuat khas untuk dua pemimpin kerajaan negeri itu.

Mereka yang terdiri kira-kira 40 orang masyarakat India di kawasan berkenaan turut membakar gambar kedua-dua pemimpin itu di Jalan Besar, Simpang Ampat di sini.

Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), MV Mathiyalagan berkata, sikap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khasnya Ramasamy amat mengecewakan rakyat khususnya masyarakat India apabila ADUN Perai itu didakwa hanya pandai memberikan janji manis kepada mereka.

Mathiyalagan berkata, setelah kemenangan dicapai oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu segala janji yang ditaburkan kepada rakyat dimungkiri dan PR tidak membawa sebarang perubahan kepada masyarakat India di negeri ini.

Menurutnya, kesal dengan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ kerajaan negeri itu, pihaknya telah mengemukakan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri namun sehingga hari ini tidak ada sebarang respon yang diberikan.

“Banyak janji-janji yang ditaburkan mereka sebelum PRU12 namun semuanya janji tinggal janji.

“Sikap pemimpin kerajaan negeri ini terutamanya Ramasamy mencabar para pengundi di kawasan ini. Konsep ketelusan dan akauntibiliti yang dilaungkan kerajaan negeri langsung diabaikan olehnya,” katanya lagi.

Turut hadir adalah Ketua MIC Cawangan Batu Kawan, S Linggam dan ahli jawatankuasa IPF Cawangan Batu Kawan, A David.

Mathiyalagan berkata, antara janji yang pernah ditaburkan kepada masyarakat India oleh Ramasamy adalah memberi peruntukan untuk pembangunan sekolah tamil, pemberian geran kepada kuil sri maha mariaman, kuil sri murugan, isu perkuburan dan pelbagai janji lain yang gagal dilaksanakan.

Beliau mendakwa, Ramasamy juga gagal memenuhi janji untuk lebih akrab dengan masyarakat India dan mengabaikan konsep persaudaraan.

“Demi kepentingan politik, Ramasamy telah menghancurkan konsep persahabatan penduduk yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu,” katanya. - seterusnya...

Ps: Heh! Kan dah kena. Baru je puak - puak pencacai Kahak Hijau tu ugut nak bakar kilang Lynas, dah ada orang bakar keranda pulak. Sekarang, Baru Padan Muka Diorang!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping