Sama macam tajuk yang pernah SH keluarkan dulu. Tapi kali ini perkara yang sama diluahkan pulak oleh puak - puak DAPigs tu sendiri terhadap Si Biawak ni.
Kalau dulu, ahli akar umbi PAS meluahkan ketidak puasan hati mereka terhadap Si Ostazah Pening tu sebab tindak tanduk dia hanya memalukan mereka.
Mereka mendakwa, kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ostazah Pening dalam ceramah sebelum ini jelas hanya menyusahkan mereka.
Si Ostazah Pening tu sedap - sedap je bercakap yang bukan - bukan. Yang susahnya ahli akar umbi nak menjelaskan perkara tersebut kepada orang atas pagar.
Sekarang giliran puak - puak DAPigs tu pulak. Luahan yang mereka berikan terhadap kepimpinan mereka jelas mengecewakan.
Apa yang pemimpin mereka buat hanya menyusahkan orang bawahan nak buat kerja. Diorang sedap - sedap buat isu, lepas tu tinggalkan macam tu je.
Yang orang bawah jugak la susah - susah nak kena jelaskan isu tu kepada orang atas pagar. Nak pulak macam isu kalimah Allah ni. Si Biawak tu bagi bola tanggung je.
Lepas tu, bila kena desak, kena asak, dia tak dapat nak sambut. Bila dia dah sesak, dia main tinggal je isu tu. Yang kena jawab orang bawah jugak.
Tapi bagus jugak ek. Tak de la susah - susah Barisan Nasional nak buat kerja. Jadi, SH ucapkan terima kasih banyak - banyak kepada Si Biawak tu. Kalau ada lagi isu yang sensitif berkaitan dengan agama ni, buat la lagi. Senang sikit kerja kitorang nanti!!! Hehehe...
Pemimpin akar umbi DAP terus melahirkan rasa kurang senang dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang masih membisu dengan isu penggunaan kalimah Allah yang dicetuskan.
Malah Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay berkata, Guan Eng tidak seharusnya mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan itu boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini selain mengakibatkan percakaran sesama ahli parti pembangkang.
Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada Hari Krismas? Bukankah itu hak eksklusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau.
Saya sebagai seorang Kristian yang berpegang teguh dengan agama saya tidak akan sesekali menyukai andai orang luar bercakap tentang agama kami. Jangan gunakan agama sebagai sandaran untuk berkuasa dalam politik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.