Sabtu, Februari 02, 2013


Desas desus terkini kedengaran dikalangan warga Kuantan. Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan mengenai perkara ini. Katanya ada perubahan dari segi calon di Kuantan.

Memandangkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dah kehilangan isu untuk dijadikan bahan berpolitik, dengar cerita dia dah nak berpindah kawasan.

Semua orang sudah sedia maklum bahawa isu berkaitan dengan Lynas tu telah GAGAL untuk meraih undi dari rakyat Kuantan.

Malah penduduk di Gebeng pun sudah hilang kepercayaan terhadap pihak yang kononnya nak memperjuangkan alam sekitar tu.

Mereka kini tahu bahawa pihak berkenaan sebenarnya hanya mahu mempergunakan rakyat untuk kepentingan Politik semata – mata. Bukannya untuk memperjuangkan rakyat.

Jika dilihat perkembangan terkini, Si Fuziah tu sudah tidak lagi menumpukan perhatian dikawasannya. Balik ke kawasan pun jarang sekali.

Tatkala isu berkaitan dengan Inkues Suruhanjaya DiRaja (RCI) berhubung isu pendaftaran Sabah, nampak gayanya Ahli Parlimen Kuantan tu lebih menumpukan perhatian disana.

Dalam masa yang sama, Si Fuziah tu dilihat sengaja meninggalkan isu Lynas yang masih lagi diperjuangkan oleh beberapa saki baki SMSL yang semakin hari semakin tak dapat sambutan.

Nampak gayanya, Si Fuziah ni sudah beralih arah. Tumpuan dia kini di Sabah. Mungkin sebab dia rasa tertekan untuk terus kekal di Kuantan, sebab itu dia bercadang untuk beralih kawasan.

Sebelum ini pun, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa dia bakal beralih kerusi dari Permatang Pauh, kerusi yang dianggap Kubu Kuatnya sendiri.

Begitu jugak dengan khabar angin kononnya Si Nurul Izzah tu pun akan tinggalkan Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Maka, kemungkinan untuk Fuziah mengambil langkah yang sama tidak dapat dinafikan. Kemungkinan itu tetap wujud berdasarkan kepada perkembangan semasa.

Tambahan pulak, rakyat di Kuantan sendiri pun sudah mampu menilai sejauh mana kemampuan Si Fuziah tu untuk jadi wakil rakyat. Hakikatnya, dia memang GAGAL. Jadi, memang bagus sangat kalau dia angkat kaki dari dia terus memalukan diri dia sendiri. - baca seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping