Huh!!! Macam orang dah jatuh ditimpa tangga. Lepas tu kena hempuk pulak dengan baldi. Tangga pulak tangga besi. Mesti sakit wo!!!
Kalau tak pengsan, paling tidak sakit jugak la kepala Si Husam tu dibuatnya. Dah la nak jawab soalan sebelum ni pun dia tak mampu.
Sekarang dah kena hadap pulak isu dengan baru. Memang tak terjawab la isu pasal dana kutipan derma nak bina Lebuh Raya tu jawabnya. Macam mana dia nak jadi pemimpin kalau itu pun dia tak reti nak jawab!!!
Seramai 15,000 anak-anak Kelantan yang merantau di Lembah Klang dijangka menghadiri Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 17 Feb depan.Bertemakan Gelombang Merah, program diadakan bagi menjalin dan merapatkan silaturrahim antara anak-anak Kelantan selain memupuk semangat setiakawan dan perpaduan sesama mereka.
Pengarah program Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman berkata program tahunan itu juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap penaung program, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka akan membuat perutusan khas khusus kepada anak-anak perantau Kelantan," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Menurutnya program itu juga turut mengumpulkan pelbagai gabungan badan bukan kerajaan mewakili anak Kelantan yang merantau di sini.
Jelasnya hadirin akan dijamu nasi kawah selain dihiburkan dengan persembahan dikir barat, artis jemputan serta penampilan khas pemain pasukan The Red Warriors.
Beliau berkata program diserikan dengan cabutan bertuah berupa sebuah Proton Saga FLX dan dua buah motosikal berjenama Momos.
"Untuk maklumat lanjut, peserta program boleh melayari laman Facebook, Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 atau laman Twitter @HPanokkelate172 atau hubungi talian 03-42577009," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.