Sabtu, Februari 09, 2013


Fuh!!! Apa cerita ni? Dah lama tak dengar gosip terkini dari Si Neelofa ni ek. Tup-tup, muncul je, 'dressing' tak ingat dunia. Seksi beb! Siap pakai skirt pendek.

Tapi, yang herannya, kenapa buah hati pengarang jantung dia tu tak datang sekali ek? Tak nampak pulak dalam gambar. Takkan la wartawan tak 'snap' gambar diorang berdua? Hmm... heran jugak ek. Kata bercinta. Takkan la 'birthday' tak sambut sekali kot!!!
PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa percaya jika dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki mualaf, individu itu mungkin menjadi Muslim yang lebih baik berbanding orang lain.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah ‘lelaki soleh’ pada bakal suami seperti diharapkan ibunya adalah sesuatu yang subjektif.
“Lelaki soleh adalah subjektif pada saya. Kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.
Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya ke-24 di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu yang disambut lebih awal kerana beliau mempunyai urusan di Singapura.
Hari jadi sebenar Neelofa ialah pada Ahad ini (10 Februari 2013)
Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman.
Noor Kartini Noor mengatakan anaknya itu sesuai untuk berumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan pihaknya menerima sahaja siapa bakal suami termasuk jika dari kalangan bukan Islam yang sanggup menukar agamanya kepada Islam.
Bagaimanapun Neelofa yang pernah berlakon dalam filem Azura 2012 enggan memikirkan soal jodoh pada waktu ini tetapi memberikan keutamaan kepada kerjaya yang sedang berkembang.
“Saya mahu berjaya pada usia muda sebab itu saya perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan dan kewangan yang lebih baik pada masa depan.
“Kalau berkahwin nanti saya tidak mahu bergantung kepada duit bakal suami. Saya mahu beli apa sahaja dengan duit sendiri hasil kerja keras saya,” kongsinya. - seterusnya...
Categories:

1 ulasan:

  1. dia org yg cntik sb ibunyer sngat cntek skli...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping