Jumaat, Februari 08, 2013


Apa lagi bukti yang kita perlukan untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa PAS memang tak tau nak jaga amanah terutama sekali dalam bab duit ni?

Sebelum ni pun, bekas ahli PAS, Cikgu Zainon dah mendedahkan mengenai penyelewengan terhadap tabung Memali dimana duit derma tu lesap begitu sahaja.

Tak de satu sen pun yang diberikan kepada balu serta keluarga yang terlibat dalam tragedi Memali tu. Jangan kata sen, bayang tabung pun dah tak nampak.

Jadi, sebab itu blog ini membangkitkan soal isu pemberian duit derma dari rakyat kepada Rejim PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu tu.

SH bukan apa. Macam yang dah dijelaskan sebelum ini. SH tak mahu rakyat ditipu sekali lagi oleh puak - puak Rejim PAS yang tak bertanggungjawab ni.

Nak pulak oleh seorang pemimpin macam Si Husam tu. Dia memang jelas tak tau macam mana nak uruskan kewangan. Pun dia masih lagi nak bagi banyak alasan?

Nah! Dibawah ni satu lagi bukti nyata bahawa Rejim PAS Kelantan yang turut diterajui oleh Si Husam ni GAGAL untuk menjaga duit rakyat. Yang dia tau setakat menipu je la. Lepas tu mengarut benda yang bukan - bukan. Itu je yang dia tau buat pun!!!
PAS lebih suka memain dan membuai sentimen rakyat Kelantan. Dalam Laporan Audit 2012, jelas menunjukkan bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal menguruskan kewangan negeri dengan baik. 
Buktinya adalah bila kedudukan baki wang tunai Kerajaan Negeri telah menurun daripada RM131.97 juta pada tahun 2010 kepada RM123.14 juta pada tahun 2011. 
Malah tunggakan bayaran balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan juga turut meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta tahun 2011. 
Ini bermakna biarpun menuduh BN meminggirkan Kelantan bila tidak mahu memberi royalti minyak, hakikatnya Kerajaan Pusat BN masih lagi membantu rakyat negeri Kelantan melalui peruntukan terus yang disalurkan kepada rakyat.
20130201-152411.jpgApa motif kerajaan PAS mahukan royalti? Supaya ianya boleh disuntik dalam akuan kerajaan PAS Kelantan. Kedudukan wang tunai negeri pun mereka gagal uruskan dengan baik. Bagaimana keadaannya kalau dapat royalti lagi? 
Rakyat Kelantan tidak dibantu tetapi markas PAS terus dibina dengan besar. Inilah masalah utama kerajaan PAS Kelantan. Gagal bezakan antara parti dan perkhidmatan kepada rakyat. Air adalah contoh yang paling jelas. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping