Jumaat, Februari 08, 2013


Alahai Nurul. Apa kecoh - kecoh sangat ni? Rilek la. Jangan la gabra sangar. Orang tau la yang dia dah semakin terdesak. Tapi, jangan la tayang sangat.

Buat malu je kat orang Nurul oi nak merengek - rengek macam budak kecik tak tentu arah ni. Sedar la diri tu sikit. Awak tu bukannya orang lain. Wakil rakyat.

Kalau korang baca kenyataan Si Nurul tu kat bawah ni pun, mesti korang akan sependapat dengan SH. Memang Si Nurul ni dah semakin terdesak.

Dia memang dah jelas - jelas sudah kehilangan sengat di Lembah Pantai. Tu pasal la dia guna cara perbadi untuk memburuk - burukkan lawan dia.

Kamon la Nurul. Orang tau la awak tak de telur. Tapi, jangan la tunjuk sangat kat orang. Macam yang SH cakap tadi. Buat malu je. Sedar diri tu sikit. Kot kalau dah dasar wakil rakyat Pemalas tu, mengaku je. Jangan la nak meroyan tak tentu arah!!!
KUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

Izzah“Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

“Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media,” tempelak Nurul Izzah.

“Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram,” tegasnya. - seterusnya...
Ps: Kot Si Nurul ni nak marah la macam mana sekali pun, ianya tetap tak mengubah apa - apa. Kalau dah dasar Pemalas tu, Pemalas la jugak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. nurul izzah datang lembah pantai 5 thn sekali. ko dtng lagi aku protes. buat kacau aje! podaaah.!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping