Selasa, Februari 12, 2013


SH tak nak cakap banyak sebab persoalan mengenai isu dana kutipan derma dari rakyat masih lagi belum berjawab. Jadi, lebih baik korang baca dulu cerita dari brader FlyingKick ni. Mungkin korang boleh faham sikit kenapa isu dana tu dibangkitkan.
FlyingKick - Selepas gagal dalam beberapa projek yang turut mentekedaghah duit rakyat Kelantan seperti Projek Kambing Jamnapari, Projek Dinar Emas dan Dirham Perak, Husam Musa melihat hutan balak yang masih ada sebagai peluang untuknya menyamun menerusi label LEBUHRAYA TANPA TOL, walhal sebelum itu, dikatakannya sebagai lebuhraya bertol yang bakal dibangunkan oleh syarikat swasta.

Dengan modus operandi yang hampir sama seperti TABUNG MEMALI dan KOHILAL, Husam Musa yang sangat licik menyembunyikan kekayaannya, kembali beraksi dengan gamitan WAKAF kepada syarikatnya, BALDAH TOYYIBAH (PRASARANA) Kelantan Sdn. Bhd.

Ditabur dan dicerna pula dengan umpan pahala berganda-ganda dan berpanjangan, projek lebuhraya yang telah pun ada dalam Program RMK-9 itu dijadikan umpan dan sumbu untuk Husam Musa mendapatkan wang dengan mudah bagi dana pilihanraya.

Nampaknya, semakin kuat orang Malaysia menyokong PAS, semakin kemaruklah juga para pemimpin seperti Husam Musa untuk memenuhi tembolok dan perut mereka dengan wang derma yang dihiasi label jihad dan wakaf.

Anehnya, dalam kes Tabung Memali yang telah mengumpulkan puluhan juta ringgit dan tidak satu sen pun diberikan kepada anak-anak serta balu-balu mangsa Amanat Haji Hadi, para pemimpin PAS seperti Husam Musa, buat-buat pekak badak. Begitu juga dengan kehilangan lebih RM50 juta dari KOHILAL, juga disengapkan.

Sekarang, muncul pula program Lebuhraya Wakaf... wakaf kepada siapa? Kepada Husam Musa dengan projek angan-angan mat jeninnya? Dengan projek yang sebenarnya diusahakan oleh Kerajaan Pusat tetapi dihalang oleh PAS Kelantan dengan kedegilan mereka meminda jajaran lebuhraya daripada memasuki kawasan hutan yang telah digazetkan sebagai kawasan kajian biologi?

Kalau dah dasar PEROMPAK dan PENYAMUN, memang itu sahajalah kerjanya. Untuk tutup perangai buruk sebegitu, orang-orang seperti Husam Musa biasanya akan berselindung di sebalik agama. Dan dalam keadaan ini, PAS yang diterjemahkan sebagai parti pejuang Islam, merupakan tempat untuk berkubu sebaik-baiknya!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping