Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mahu mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas pembantu khasnya, Jafrei Nordin kerana menuduh beliau dan DAP tidak menghormati Pas dan PKR termasuk ada cubaan menjatuhkan kedua-dua parti terbabit.
Liu yang juga Adun Pandamaran berkata, beliau juga akan menyaman akhbar kerana melaporkan berita tidak benar menyebabkan imejnya terjejas sebagai wakil rakyat dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor.
“Lepas cuti Tahun Baru Cina ini, saya akan menyaman dia (Jafrei) menerusi peguam saya, Gobind Singh Doe kerana menyiarkan berita palsu terhadap saya.
"...peguam saya kata, kita ada asas yang kukuh untuk saman mereka,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah Liu, beliau telah memecat Jafrei tiga tahun lalu setelah mendapati tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya di pejabat Exconya.
Jumaat lalu, Jafrei mengaku sebagai bekas pembantu khas Exco Kanan Selangor telah mengumumkan peletakkan jawatannya atas alasan tidak berpuas hati dengan majikannya dan DAP.
Jafrei mengumumkan peletakan jawatannya pada satu sidang akhbar di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang keluar PKR pada tahun 2009.
Ps: Hah! Baru la betul. Bila orang buat dakwaan, saman. Jangan setakat cakap je pandainya. Tapi nanti, kalau dah kantoi, jangan salahkan orang lain pulak ye. Sendiri bikin, sendiri tanggung la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.