Khamis, Februari 14, 2013


SH yakin. Walaupun Datuk Dr. Haron Din ni kena maki dengan puak - puak Haramjadah tu, rupa dia tetap macam ni. Sentiasa tersenyum. Itu la yang membuatkan diorang menyirap sangat dengan dia!!!
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung. 
Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu. 
Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan. 
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat. 
"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah? 
"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.
Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini. 
Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata. 
"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau. - seterusnya...
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Berdakwah dengan orang yg terang2 menentang islam sedangkan bersangka buruk kepada saudara seislam. Aku tetap tolak penentang islam dan sekutu2 nya.

    BalasPadam
  2. Dengar sini orang Kg.Pulau Tawar nak cakap:
    Makan dengan budak lauk habis dulu
    Mandi dengan budak keroh air dihulu
    Tidor dengan budak putus tali kelambu
    Dengar Fatwa PAS,,,,islam haruburu

    BalasPadam
  3. Pakatan tak mahu kalah dalam PRU13, sebab itu mereka menrendah-rendahkan kewibawaan SPR. Macam-macam tuntutan mereka kalau kalah tentu mereka akan hasut rakyat yang simpati untuk berontak. Itu stail Anwar Ibrahim, PAS pula memang busuk hati kat UMNO lebih-lebih lagi siTua kutuk tu Nicky Ajis dan Hadi mana boleh UMNO memerintah. Mereka dah trade-mark UMNO tu bukan ISLAM - malah KAPIR. DAP tu cium mulut dengan PAS. Kalimah ALLAH pun sanggup PAS jaja untuk dapatkan UNDI bukan Islam. PKR pula, masaalah MORAL ANWAR boleh simpan bawah KARPET. Bukti jelas pun, puak PAS yang kata Video tu besi dan kaca. Dulu tahun sebelum 1998 bukan main templak kat ANWAR dalam Parlimen lebih-lebih lagi Mat Sabu Khalwat, sekarang dah jadi GENG pulak satu team - masalah MORAL, Karpal Singh tu dalam Hansard Parlimen dah rekod mendakwa ANWAR terlibat dalam SEKS sumbang mahram, jantan, perempuan pun boleh ON. Sekarang ni Tennis Partner pun dah buka Pekong Anwar tu. PAS masih macam tu juga, macam tak ada apa-apa berlaku.
    Hakikatnya PAS sudah jauh menyimpang dari matlamat ASAL, sekarang di kelilingi oleh Parasit-Parasit dan Ulamak Bisu kata Dato Hassan Ali. Pas besengkokol dengan KAFIR yang mahu guna Kalimah ALLAH nak merendahkan agama ISLAM justeru tu ingin melihat Malaysia ni hancur macam negara Arab Spring. Lepas tu DAP boleh team dengan Singapore (PAP) naungan YAHUDI. Lepas ni bolehlah juak-jauk PAS tu puas hati dan bebulan madu dengan DAP dan PKR. Masa tu kuasa Melayu bagai di hujung Tanduk. Minta belas kasihan dengan DAP. Anwar pula boleh enjoy dengan bininya dan familynya, kes dia boleh ditolak tepi. Masa tu berebut-rebutlah siapa nak jadi PM untuk negara Malaysia. Bala akan menimpa pada semua Rakyat Malaysia yang mencintai Negara mereka sendiri......................PRU 13 penentu - Keselastarian bangsa Melayu....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping