Hah! Pasal apa pulak Si Ostad Khalwat ni nak ceraikan isteri dia? Dah tak mampu ke dia nak bagi kaunseling ke pada isteri dia tu?
Kot kalau kena gayanya handal sangat nak bagi nasihat pada orang lain. Tapi, dengan isteri sendiri pun kantoi ni apa cerita?
Apa, sesi kaunseling pukul 3 pagi yang biasa dia buat pada orang lain tu dah tak menjadi ke? Ke nak jugak guna hotel 5 bintang baru menjadi?
Itu lah. Orang dah pesan. Kalau suka sangat buat fitnah pada orang ni, akhirnya kena jugak batang hidung sendiri. Dek kerana nafsu punya pasal, sekarang rumah tangga dia sendiri pun dah hancur lebur. Jangan dia nak salahkan orang lain pulak sudah la!!!
Semalam, Badrol Amin telah pergi ke mahkamah syariah Hulu Langat atas kes penceraiannya dengan bini kedua beliau, Ina Fiona. Badrul Amin hadir pada jam 8.30 pagi bersama peguam syariahnya untuk perbicaraan.
Mengikut rekod, Badrul Amin menceraikan isteri keduanya, Ina Fiona kerana sudah tidak sefahaman lagi semenjak kes khalwat di sebuah hotel di Kuantan tahun lalu. Semenjak dari itu, mereka kerap bergaduh dan Badrol Amin juga jarang pulang ke rumah isteri keduanya.Mengikut sumber yang rapat dengan Ina Fiona juga memberitahu tuntutan cerai Badrul Amin yang juga Ketua Cabang PKR Sabak Bernam telah disuarakan sejak 2-3 bulan lepas namun baru hari ini kes penceraian dijalankan di mahkamah.
Pada Februari 2012, Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan.Katanya, kejadian tersebut adalah satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.Apa kejadahnya duduk dalam bilik hotel bersama bini orang pada jam 3:00 pagi? Inilah dia Ustaz alim kucing namanya...Menurut sumber lain difahamkan, Badrul Amin terpaksa menceraikan Ina Fiona bagi membolehkan dia menikah dengan Zati Iwani, isteri orang yang ditangkap khalwat dengannya di Kuantan Februari 2012. - seterusnya...
lawa la bini badrol amin..dah sah ker jadi janda? kalau dah sah boleh la orang lain masuk meminang. kini sudah kosongkan? alhamdulillah..kalau ade jodoh kawinla dengan cepat-cepat yea. badrol amin tu banggang tak tahu sayang bini...tapi tahu pulak tarbiayh bini orang pukul 3 pagi di hotel...
BalasPadam