Rabu, Februari 20, 2013



Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.

Ps: Memang itu sebaiknya. Datuk Dr. Haron Din perlu bertindak keluar dari PAS kerana parti itu jelas tak mampu nak mempertahankan Islam.

Apa yang PAS mampu lakukan sekarang hanya memalukan Islam dengan tunduk kepada desakan DAPigs. Jadi, adalah wajar untuk Datuk Dr. Haron Din meninggalkan parti tu demi menjaga kesucian Islam!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping