Hah! Jangan pulak korang tersalah sangka. Sebenarnya inilah tugas hakiki seorang Yang Berhormat paling bertanggungjawab dalam Malaysia ni.
Dulu dia jugak yang pandai - pandai nak menjadikan isu pembinaan kilang Lynas di Gebeng tu sebagai senjata untuk kepentingan Politik dia.
Dia jugak yang mempergunakan puak - puak Kahak Hijau tu sebagai 'front liner' dalam membangkitkan isu tersebut. Tapi sekarang, ke mana dia menghilang?
Bukan baru hari ini kehilangan Si Foolziah ni dirasai oleh penduduk - penduduk di Kuantan. Tapi sebelum itu lagi sebenarnya. Diorang dah tertanya - tanya, mana Foolziah?
Sewaktu pihak Mahkamah mengumumkan keputusan untuk menolak injuksi yang difailkan oleh puak - puak Kahak Hijau tu, Si Foolziah ni dah hilang.
Dia sikit pun tak cuba untuk terus mempertahankan perjuangan yang dibawa oleh puak - puak Kahak Hijau tu. Nak pulak bila diorang dilenyek dengan keputusan tersebut.
Sekarang, tatkala Si Wong Teck tu membuat ancaman, Si Foolziah tu tak tampil pun membuat kenyataan sama ada dia menyokong atau tidak tindakan tersebut.
Memang nampak sangat la Si foolziah ni sebenarnya hanya mempergunakan puak - puak Kahak Hijau tu untuk kepentingan Politik dan diri dia je. Bukannya untuk orang lain.
Bila dia tengok keadaan tu menguntungkan dia, mula la dia tumpang sekaki dan mahu dilihat sebagai seorang juara. Tapi, bila keadaan tu jelas menyusahkan kerja dia, dia pun diam je la. Itu tandanya Si Foolziah ni seorang yang bertanggungjawab!!!
KUANTAN, 5 Feb — MCA mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, di sini sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PAS dan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.“Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai,” katanya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.