Sabtu, Februari 23, 2013


Siapa yang tak malu beb. Dah berapa tahun Kak Wan Omega ni mengidam jadi isteri kepada seorang Perdana Menteri? Jawapannya bukan baru setahun dua.

Sejak Kak Wan Omega kahwin dengan Si Ketua Penipu tu, dia sering dibisik - bisikkan oleh Si Ketua penipu tu dengan janji - janji indah untuk jadi isteri PM.

Jadi, apa lagi yang mampu Kak Wan Omega tu nak luahkan bila Majlis Syura secara terang - terangan tidak lagi mengiktiraf Si Ketua Penipu tu sebagai PM. Hancur berkecai la impian dia jawabnya. Tu pasal la dia terkedu!!!
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. 
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia. 
"Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
"Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi. 
"Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini. 
Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik. 
"Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," tegasnya. 
Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa. 
"Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura? 
"Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini," ujarnya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping