Nampak gayanya Si Nik Aziz tu masih tetap jugak dengan pendirian dan kedegilan dia melabelkan rakyat yang terima BR1M tu sebagai 'Haiwan Ternakan'.
Disebabkan keangkuhan seorang pemimpin yang mempergunakan Islam sebagai topeng untuk mengelirukan rakyat, maka musibah pun menimpa dia bertalu - talu.
SH yakin, dengan keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh Si Nik Aziz tu bakal mengundang padah kepada PAS sedikit demi sedikit.
Dek kerana keangkuhan dia tu jugak la, orang semakin jauh dari PAS. Malah, ahli - ahli PAS sendiri pun dah mula sedar. Jangan dia pengsan masuk hospital pulak bila dia dengar berita ni sudah la. Semua ni salah dia, bukannya salah orang lain!!!
Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'
Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.
Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.
Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.
"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.
"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.
Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.
"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.
"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.
Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.
"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.