Khamis, Februari 28, 2013


Kesian beb. Apa la malang bebenor anak Si Ketua Penipu ni ye. Sampai dibogelkan kat bawah jejantas. Apa cerita ni? Kenapa marah sangat orang dengan dia?

Yang sebenarnya, inilah akibat kalau setakat pandai bercakap je kerjanya. Hari - hari tak de kerja lain. Itu je yang dia pandai buat. Suruh buat kerja lain, dia tak reti.

Si Nurul Izzah ni memang sejak dari dulu sampai la ke hari ini, tak de kerja lain yang dia buat. Bercakap je memanjang. Suruh buat kerja, satu hapah pun dia tak buat. Buat mengabihkan masa je. Bila rakyat tolak, tau pulak dia nak meroyan tak tentu arah!!!
Langkah-langkah yang diambil oleh Raja Nong Chik dalam menangani masalah penduduk di Lembah Pantai, membuka mata banyak pihak yang sebelum ini kuat menyokong Nurul Izzah. 
Ditambah pula dengan sikap Nurul Izzah yang langsung tidak mempedulikan rakyat marhein tetapi lebih banyak memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan ‘kaya’ di Lembah Pantai, semakin menyedarkan penduduk Lembah Pantai bahawa mereka sebenarnya tidak memerlukan langsung Nurul Izzah.
Persoalan yang paling kerap dilontarkan ialah, apa yang telah Nurul Izzah lakukan di Lembah Pantai sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan?
nurul3
Pada 24 Februari lalu, Nurul Izzah dan konco-konconya meuar-uarkan perdebatannya dengan Raja Nong Chik. 
Raja Nong Chik awal-awal lagi telah memberikan syarat untuk berdebat iaitu Nurul Izzah perlu menyenaraikan apa-apa kerja yang telah dilakukannya di Lembah Pantai. Malangnya, cabaran Raja Nong Chik tidak mampu disahut oleh Nurul Izzah.
Sebaliknya Nurul Izzah terus melalak-lalak mengatakan Raja Nong Chik penakut dan ‘tidak bertelur’. 
Hakikatnya, cabaran Raja Nong Chik sebelum mereka berdebat, langsung tidak dijawab atau diperkatakan oleh Nurul Izzah. 
Sebabnya sangat mudah, Nurul Izzah memang tidak mempunyai sebarang usaha untuk penduduk Lembah Pantai.
Perdebatan dilangsungkan meskipun dengan kerusi kosong. Moderator dan Nurul Izzah cuba membayangkan di atas kerusi kosong tersebut adalah Raja Nong Chik. 
Namun, lambakan yang diharapkan tidak menjadi. Sebaliknya terlalu sedikit penduduk Lembah Pantai yang mahu mendengar gelembong dan pembohongan anak perempuan Anwar Ibrahim itu. 
Di seberang pondok yang dijadikan ‘medan perdebatan’, beberapa orang penduduk Lembah Pantai meludah dan menjuih.
Nurul Izzah semakin malu apabila penduduk Lembah Pantai mulai meluahkan perasaan tidak puas hati secara terbuka di jalan-jalan utama di Lembah Pantai, terutama sekali di Jalan Bangsar menerusi banner yang mempertikaikan kerja Nurul Izzah yang hanya tahu berdebat dan berbahas tetapi tidak menunaikan tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Walaupun para pecacai dan konco-konconya cuba menurunkan banner serta bunting berkenaan, namun ternyata, lebih banyak pula yang dinaikkan di tempat-tempat yang lain. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping