Peringatan: Ini merupakan susulan dari bahagian pertama sebelum ini. Kisahnya bersahaja. melihat orangnya tenang dan tak banyak bercakap.
Tapi, kalau dilihat dari kebijaksanaannya, memang tiada tandingan. Patut la Si Ketua Penipu tu marah sangat dengan Tun. Seribu tahun pun Si Ketua Penipu tu tak mampu nak menandingi Tun!!!
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat.
Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan.
Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan.
Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut.
Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan.
Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain.
Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.
Dendam mereka cuba ditunaikan oleh manusia seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.