Itu satu saranan ikhlas dari SH buat Si Nurul Izzah ni. Kalau dia menang sekali pun kes terhadap Utusan tu, tak payah la dia nak bangga diri sangat.
Hakikatnya, rakyat Malaysia semua dah dengar, semua dah melihat sendiri mulut Si Nurul Izzah tu mengucapkan perkara tersebut.
Dia sendiri mempersoalkan mengenai Kebebasan beragama dikalangan orang Melayu. Dia sendiri yang kata, Melayu perlu diberi Kebebasan untuk pilih agama mereka.
Dah memang itulah hakikatnya. Dia tak akan mampu nak ubah hakikat tersebut biar pun dia menang berapa juta wang ringgit atas dunia ni sekalipun.
Waima dia dapat segunung habuan hasil dari kemenangan tersebut, tidak dapat mengubah pandangan rakyat. Si Nurul Izzah ni dah gadaikan agama dari orang Melayu!!! Jadi tak payah la nak bangga sangat!!!
Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.
Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.
Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.
Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.
Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.
Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.
Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.