Selasa, Februari 12, 2013


Nurul Izzah Anwar dipercayai mampu pertahan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan sokongan rakyat terhadapnya tidak pernah tergugat walaupun dilanda kontroversi akibat putar belit media Umno.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, hasil tinjauan kawasan itu mendapati rakyat tetap menyokong penuh kepimpinan Nurul Izzah.

“Dengan isu ini, rakyat faham apa yang berlaku. Mereka jelas dengan pendirian Nurul Izzah dan tahu kenyataannya sengaja diputar belit.
“Media Umno memang sengaja mahu pesongkan pemikiran rakyat dengan memberi tafsiran salah berhubung kenyataannya melibatkan surah al-Baqarah dengan Perlembagaan Negara,” katanya ketika dihubungi.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, yang berminat untuk bertanding di Lembah Pantai menuduh kenyataan Nurul Izzah dalam isu kebebasan beragama membuktikan pembangkang hanya pentingkan undi dan tidak ikhlas berjuang untuk rakyat.
Nong Chik berkata, tindakan Nurul Izzah yang kononnya mahu mendapat undi rakyat dan memuaskan hati hadirin semasa forum tersebut menyebabkan beliau terperangkap dengan kata-katanya.
“Nong Chik sengaja ambil kesempatan, tapi beliau sendiri tidak sedar Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menghina hukum hudud. Mana pendirian Umno BN dalam isu ini?
“Umno sengaja mahu panaskan isu ini kerana nak alih pandangan rakyat akibat kenyataan Soi Lek yang mereka diamkan walaupun secara terang hina hukum Islam,” katanya.
Tambah Abdullah Izhar, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan kerana Nurul Izzah sudah menyerahkannya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Apa pun sekarang, kita tunggu sahaja laporannya siap. Pihak lain jangan sibuk nak hakimi isu, sedangkan laporannya belum dikeluarkan lagi,” ujarnya.
Ps: Huh! Itu kata diorang, bukannya kata pengundi dikawasan Lembah Pantai tu sendiri. Diorang sebenarnya dah muak tengok muka Si Nurul Izzah ni.

Tak payah la diorang nak menipu. Tak de manfaatnya. Sebab dah terang - terang yang dia tak buat kerja. Itu je sebab rakyat tolak. Dia bukannya nak membantu rakyat. Setakat pandai bercakap je baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. wanita PKR mulut macam bangkai...sana-sini tutup tapi hati busuk

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping