Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat “tidak hadir”.The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.“Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi.
"Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah,” kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider.Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut.Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.“Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri,” kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan. - seterusnya...
Ps: Halamak!!! Macam mana pulak Si Ronnie Liu tadi kata yang Si Khalid Gagap ni akan kekal jadi menteri Besar?
Macam mana dia nak jadi MB kalau nama dia pun tak tersenarai dalam senarai calon untuk Pilihan Raya yang akan datang?
Persoalan utamanya, kenapa nama dia gugur dari senarai calon tersebut dan siapa pulak yang bertanggung jawab menggugurkan nama dia? Jangan kata Si Assmin tu sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.