Jumaat, Februari 22, 2013


Haduh... kesian jugak SH tengok Pak Musa kita ni. Dia ni tak berapa nak dengar rupanya. Dah pekak dah. Jadi, mintak tolong la sesapa yang baik hati tu.

Cari - carikan la Pak Musa kita ni ni alat bantuan pendengaran. Kalau boleh, dapatkan bantuan untuk dia buat cermin mata sekali. Rabun pun ye jugak.

Ada ke dia kata yang dia tak nampak sebarang perpecahan yang berlaku kat Kedah tu? Teruk sangat dah rabun dia ni rupanya. Benda berlaku depan mata, pun dia tak nampak?

Dah la amcam tu. Dia kata dia tak dengar pulak ada sebarang rungutan atau bantahan dari kepimpinan PAS Kedah mengenai kemelut yang melanda Negeri tu.
KUALA LUMPUR, 21 Feb — PAS menafikan terdapat perpecahan antara ahli di Kedah mengenai kerusi Menteri Besar, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 
Mustafa ditanya mengenai isu ini selepas terdapat laporan bahawa 11 dari 15 cawangan PAS di negeri tersebut mahu Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dari kerusi menteri besar. 
“Apa masalahnya (di Kedah)? ... Itu suratkhabar siar, saya pun tak dengar,” kata Mustafa dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 

Setiausaha agung PAS itu mendakwa beliau hanya mendengar tuduhan terdapat perselisihan antara cawangan-cawangan di Kedah dan Azizan dari berita. 
Beliau juga enggan memberi komen tentang calon yang sesuai memimpin Kedah sekiranya Azizan tidak mendapat sokongan akar umbi. 
“Tak berbangkit soal tu ... Azizan masih mendapat kepercayaan sehingga ini,” katanya lagi.
Kot kalau betul tak de masalah, apa tengkoraknya PAS Pusat lantik Jawatankuasa Pemantau hari tu? Bukan ke itu bukti yang wujudnya perpecahan di Kedah?

Kalau ye pun Pak Musa nak menipu rakyat, jangan la sampai tahap macam Si Nik Aziz tu. Rakyat ni manusia, bukannya haiwan. Diorang boleh tengok sendiri.

Diorang boleh lihat gelagat dan keletah pemimpin - pemimpin PAS kat Kedah tu. Dan rakyat pun bukannya bodoh sangat nak menilai apa yang Pak Musa cakap.

Pantang ada diorang buat silap, mula la nak salahkan orang lain. Kononnya, isu berkaitan kemelut kepimpinan PAS Kedah tu salah media. Dah tak de alasan lain ke yang dia nak bagi? Kalau dah buat silap tu, mengaku je. Tak payah la nak menipu pulak!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping